Ibadah Korban Boleh Dilaksana Sehingga Sabtu, Kata JAKIM
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Umat Islam di negara ini boleh melaksanakan ibadah korban sehingga Sabtu, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
Beliau berkata tidak menjadi satu kesalahan untuk melaksanakan ibadah itu selepas solat sunat Aidiladha Rabu lepas iaitu 10 Zulhijjah sehingga hari Tasyrik pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah atau 18, 19 dan 20 Nov.
"Berdasarkan rekod cerapan anak bulan Zulhijjah 1431 Hijrah di 30 tempat cerapan rasmi di Malaysia oleh Jabatan Mufti Negeri-negeri di Malaysia pada 6 Nov lepas, ahli falak mendapati anak bulan tidak kelihatan di kesemua tempat dan sekaligus menetapkan Hari Raya Korban pada tahun ini disambut pada 17 Nov," katanya.
Hasil data cerapan itu diperoleh setelah ahli Falak mendapati kedudukan hilal (anak bulan) tidak memenuhi kriteria ketetapan Imkanur-Rukyah (kebolehnampakan), katanya dalam kenyataan di sini.
Sehubungan itu beliau berkata Khamis, Jumaat dan Sabtu merupakan Hari Tasyrik bagi seluruh umat Islam pada tahun ini yang membolehkan mereka menunaikan ibadah korban.
"Hal ini sekaligus menafikan pandangan dan kekeliruan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa ibadah korban hanya boleh dilakukan sehingga Jumaat sebagaimana menurut Arab Saudi," katanya.
Wan Mohamad juga berkata asas penentuan Hari Raya Korban di Malaysia juga adalah selaras dengan Singapura dan Indonesia.

No comments
Post a Comment