[Kupsan Bergambar] Tutup Orat Gaya Tehran

Selepas entri Tutup Orat Gaya Erdogan mendapat sambutan hangat (klik sini) ramai yang meminta saya mengemukakan pula entri Tutup Orat Gaya Iran. Pembetulan, saya akan menampilkan entri Tutup Orat Gaya Tehran. Ini kerana tutup orat gaya seperti di bawah ini lazim ditemui di Tehran, dan jarang kedapatan di kota besar Iran lain. * Perhatian, kaum Adam diminta bertenang:







Akan tetapi, di Iran, jika anda menutup orat dengan gaya di atas, dan tidak bernasib baik, anda akan disaman polis. Memang penguatkuasaannya mengikut musim (macam speed trap). Dan selalu bila disaman polis tentulah mereka, kita, anda akan meradang (contoh: apa barang had laju lebuhraya 110km, saya memandu 114km pun disaman!). Mungkin keluhan mereka adalah, 'Apalah nak tunjuk jambul dan buka kutang baju sedikit pun tak boleh. Tak demokratik. Tak ada hak asasi. Jumud tau. I hate! I hate! I hate mullah! Nanti next election I tak nak undi parti Ahmadinejad lagi. I nak undi parti green. Kalau kalah I akan mengamuk sakan tengah jalan.'

Iran adalah sebuah negara falsafah. Para ulama dan birokrat dalam kerajaan membincangkan apakah menutup aurat itu hak peribadi atau hak masyarakat. Contohnya solat adalah hak peribadi, kalau anda tidak solat maka silalah jawab dengan Allah kelak. Akan tetapi jika anda tidak membayar zakat maka anda telah mencabul hak masyarakat. Dalam dunia syiah ada perbahasan samada berhijab ini hak individu atau hak masyarakat seperti solat dan zakat tadi. Tentu yang berpendapat hijab itu hak individu akan menegakkan hujah-hujahnya. Sementara yang berpandangan hijab itu adalah hak masyarakat akan meminta penguatkuasaan secara undang-undang terhadap wanita yang enggan berpakaian 'senonoh'.







Well, anda tentu tidak mahu bergurau senda dengan polis di Iran. Khususnya polis wanita mereka.

Hah, bagaimana? Sebagai wanita anda merasakan hijab adalah hak individu atau hak masyarakat?

[Sumber]

No comments

Powered by Blogger.