Isu Yayasan Selangor, kenyataan Khalid Ibrahim diambil
SHAH ALAM, 24 Nov – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hari ini diambil kenyataan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu perbelanjaan yang dikatakan mencecah RM300,000 ketika majlis sambutan ulangtahun ke-40 Yayasan Selangor.
Menurut Bernama, Pegawai SPRM mengambil keterangan Abdul Khalid di pejabatnya di Tingkat 21, Bangunan Setiausaha Kerajaan negeri di sini selama 30 minit.
“Saya sedang memberikan keterangan kepada SPRM dalam siasatan mereka terhadap kes Yayasan Selangor,” kata Abdul Khalid dalam laman twitternya.
Sambutan ulang tahun yayasan berkenaan mendapat perhatian apabila Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat baginda berangkat ke itu kerana dukacita dengan kosnya yang dikatakan amat tinggi.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar sebelum ini mendakwa kos majlis berkenaan menjangkau lebih RM800,000 dan sebahagian daripada jumlah itu sudah dibayar kepada syarikat yang diberi kontrak menganjurkannya.
Laporan media sebelum ini menyebut bahawa SPRM telah menyita beberapa fail dan dokumen dari pejabat Yayasan Selangor di Amcorp Mall di Petaling Jaya.

No comments
Post a Comment