Putrajaya tidak tahu dakwaan Syed Mokhtar ambil alih lapangan terbang Bayan Lepas
KUALA LUMPUR, 24 Nov – Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri hari ini berkata beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung dakwaan bahawa Kumpulan Syed Mokhtar Albukhary akan mengambil alih operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Menjawab soalan Jeff Ooi (DAP-Jelutong) di Dewan Rakyat hari ini, Abdul Rahim berkata beliau juga tidak tahu wujudnya cadangan seumpama itu.
“Saya tidak ada maklumat mengenai perkara itu dan tidak tahu adanya sebarang cadangan ini,” katanya dalam reaksinya kepada soalan Ooi yang bertanya sejauh mana kebenaran dakwaan berkenaan.
Mengenai soalan sama ada terminal tambang murah akan dibina di Pulau Pinang yang turut dibangkitkan Ooi, Abdul Rahim berkata kerajaan memperuntukkan RM250 juta untuk menambah baik dan perluasan lapangan terbang sedia ada yang telah siap kira-kira 34 peratus.
Projek perluasan lapangan terbang itu akan memanfaatkan syarikat penerbangan tambang murah dan penerbangan utama, katanya. – Bernama

No comments
Post a Comment