Mahathir enggan terima hakikat
SHAH ALAM, 18 Nov - Mantan Perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad dilihat enggan berdepan dengan hakikat prestasi Umno- Barisan Nasional (BN) yang kurang memberangsangkan, sebaliknya sekali lagi beliau membuat ramalan bahawa parti perkauman itu mampu merampas kembali satu atau dua negeri daripada Pakatan Rakyat (Pakatan) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Sallehuddin Ayub berkata, bekas presiden Umno itu kelihatan cemas melihat dukungan rakyat yang semakin ketara kepada gagasan pakatan pembangkang.
Sallehuddin menambah, Mahathir sebenarnya takut pada pengaruh kuat yang ada pada bekas timbalan perdana menterinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Dia hanya mahu sembunyikan perasaan cemas dan tidak boleh terima hakikat yangr Anwar sebagai faktor terbesar dalam percaturan politik negara,” katanya.
Sallehuddin berkata, kenyataan Mahathir itu hanyalah manifestasi dalamannya dan beliau sedar akan keretakan parah yang membarah sesama parti kompenan BN.
“Itu manifestasi yang terkandung dalam hati, dia sebenarnya bimbang pada Anwar saja, tapi tidak boleh sembunyi dalam hati yang dia sebenarnya tidak yakin pada BN kerana tahu Pakatan mampu tawan Putrajaya,” akuinya.
Sallehuddin yang juga naib Presiden PAS tidak bersetuju bahawa sokongan rakyat kepada Umno-BN kembali pulih berikutan kemengangan berganda yang diraih parti itu pada PRK Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi, 4 November lalu.
“Dr M tahu, kemenangan kedua-dua pilihan raya itu tidak boleh jadi kayu ukur kepada pada Umno dan dari analisa yang dia kemenangan itu tidak boleh melonjakan keupayaan Umno untuk berdepan dgn politik semasa,” jelasnya.
Umum mengetahui, PRK Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi dicemari dengan insiden membeli undi secara terang-terangan namun tiada sebarang tindakan daripada suruhanjaya pilihan raya.
Sebelum ini, Dr Mahathir dalam satu wawancara dengan Bloomberg, meramalkan Umno-BN mampu menawan kembali sekurang- kurangnya dua negeri Pakatan, namun tidak akan mendapat majoriti 2 per 3 dalam parlimen.

No comments
Post a Comment