Serangan Anwar, cari populariti semata-mata
SHAH ALAM, 18 Nov – Tuduhan harus didukung fakta… jika tidak ia tidak lebih daripada fitnah semata-mata.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkata, ramai pihak menyerang Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semata-mata untuk mengangkat ketrampilan politik masing-masing.
Lantas, pihaknya tidak akan melayan serangan daripada bekas ahli Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) mahupun pemimpin Umno, yang menuduh Anwar tidak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri, sehingga mereka menampilkan fakta yang jelas.
Faekah berkata, kerajaan negeri tidak mahu menjawab tuduhan semberono yang dilemparkan bekas ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Zahid Mad Arip dan bekas pembantu, Anuar Shaari, terhadap Penasihat Ekonomi Selangor itu.
Jelasnya, laporan Utusan Malaysia yang memuatkan kenyataan mereka itu tidak membawa isu-isu yang spesifik, sebaliknya hanya tembakan rambang semata-mata.
“Sekarang ini nak nama satu aja, pertama serang Anwar Ibrahim dan kedua, keluar parti.
“Mereka tidak ada data yang menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyumbang atau tidak menyumbang, kalau mereka ada data, baik kita akan jawab,” katanya.
Ketika dihubungi SelangorKini, Faekah berkata, beliau juga mengenali individu terbabit, malah membidas kedua-duanya sebagai budak suruhan Umno.
“Mereka itu cuma tukang pukul saja dan berguna semasa pilihan raya, semasa KEADILAN bergolak,” jelasnya.

No comments
Post a Comment