Mufti Selangor: Hayati Erti Pengorbanan Sebenar
SHAH ALAM, 17 Nov – Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid menyeru orang ramai untuk menghayati erti pengorbanan jiwa agar dapat mendekati ajaran Islam yang sebenar.
Tamyes melalui khutbah yang disampaikan sempena Aidiladha hari ini mengajak seluruh rakyat Selangor agar memahami erti pengorbanan sebenar dan tidak hanya menilai makna Qurban itu dari aspek pengorbanan harta semata.
Menurut Imam Besar Negeri, Ahmad Mustafa Mohd Sidin, Tamyes dalam khutbahnya turut menyeru umat Islam untuk menghargai masa.
” Mereka yang mengorbankan harta untuk diberikan kepada orang miskin. Begitulah luar ibadah korban nanti kita sanggup mengorbankan harta untuk membantu orang-orang susah.
” Pengorbanan masa juga penting kepada kita. Orang Islam sentiasa peka kepada masa. Oleh itu umat Islam diajar untuk menjaga masa mereka,” kata Mustafa.
Solat sunat Aidiladha yang berlangsung di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah turut dihadiri Tuanku Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Baginda diringi Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta exco negeri, Dato’ Dr. Hassan Mohd Ali. Hampir 10, 000 orang awam turut menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid yang sama.
Sultan Sharafuddin dan kerajaan negeri masing-masing menyumbang seekor lembu untuk majlis korban selain 27 ekor lembu lagi daripada individu yang menyertai majlis korban yang dianjurkan oleh pihak masjid.
Seramai 150 sukarelawan terlibat melapah dan mengagihkan daging-daging korban kepada penduduk sekitar masjid dan wakil pusat pengagihan Rantau Panjang.

No comments
Post a Comment