Muhyiddin, Shahrizat didesak mohon maaf
Kenyataan Akhbar
Oleh MOHD NASIR MUSTAFA
PAS Kawasan Kuala Kedah telah mengerakkan bantuan banjir dalam DUN Anak Bukit dan DUN Kubang sejak dari hari pertama berlakunya banjir, YB NYDP Pas Kuala Kedah telah melakukan tinjauan awal pada 1 hb Nov 2010 ke SK Gunung sebagai Pusat Penempatan yang pertama dalam Kuala Kedah, susulan tinjauan tersebut sebuah Jawatankuasa Bertindak telah ditubuhkan dengan diketuai oleh YB Naib YDP Pas Kawasan.
2. Susulan penubuhan JK Bertindak, PAS Kawasan Kuala Kedah telah memusatkan bilik gerakannya di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Anak Bukit, Alor Pial. Namun, pada 2 hb Nov Pusat yang sama juga telah dinaiki air yang menyebabkan pusat operasi terpaksa dipindahkan ke Markaz PAS Kuala Kedah di Kubang Rotan, setelah Kubang Rotan juga dinaiki air, pusat operasi telah dipindahkan ke Batu 6, Kuala Kedah.
3. Kepimpinan PAS Kuala Kedah diketuai oleh YDP (Dato’ Phahrolrazi), Timbalan YDP (Dato’ Amiruddin) dan Naib YDP (YB Nasir Mustafa) telah melakukan lawatan sambil menyampaikan sumbangan tanda ingat kepada mangsa-mangsa banjir di penempatan dan juga di jalanan sepanjang musibah ini berlaku.
4. Pusat pemindahan dibawah pentadbiran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dibuka seawal bencana ini menimpa. PAS Kawasan dan jentera pentadbiran lantikan politik (Ketua Kampung – MKK) telah memberi bantuan yang semaksima mungkin kepada pihak JKM dengan menempatkan ketua-ketua kampung dari kawasan yang tidak dinaiki air di Pusat Pemindahan.
5. Sebagai menghormati konsep Federalisme, PAS Kawasan telah mengarahkan jenteranya untuk turut menghormati pentadbiran sekolah yang menjadi milik Kerajaan Persekutuan dengan tidak bertindak melainkan dengan pengetahuan dan keizinan pihak sekolah. Ini telah menyebabkan berlakunya penyelarasan yang baik antara Majlis Ketua Kampung (Kerajaan Negeri) dan JKKKP (Perseketuan) di banyak pusat pemindahan.
6. Suasana yang harmoni dan sikap saling membantu ini telah dicemari dengan kenyataan tidak berfakta Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat yang mengambarkan seolah-olah Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh PAS tidak melakukan sebarang tindakan untuk membantu mangsa banjir, ini mengambarkan niat jahat dan juga bertujuan untuk mempolitikkan bantuan yang dihulurkan kepada mangsa dan juga mereka yang mendiami pusat pemindahan.
7. Kenyataan seumpama ini bukan sahaja menyakiti pihak Kerajaan dan Parti, bahkan ia telah menguris hati para pegawai pelbagai agensi negeri yang telah bertungkus lumus memberi bantuan dan diberikan gambaran seolah-olah mereka tidak menjalankan tugas dan mereka hanya makan gaji buta.
8. PAS Kuala Kedah mendesak YAB Timbalan Perdana Menteri dan YB Dato’ Seri Shahrizat Jalil untuk memohon maaf atas ketelanjuran kenyataan yang dikeluarkan sehingga menguris hati dan perasaan para pegawai Kerajaan yang bertungkus lumus menjalankan tugas mereka.
9. Untuk mendapat data yang benar, pihak YAB TPM dan YB Menteri sepatutnya menghubungi pihak Bilik Gerakan Banjir negeri yang diketuai oleh YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, bukan hanya mengambil data dari tepi jalan dan menghebahkannya dalam media perdana.
10. Satu perkara yang biasa, dalam suasana banjir yang kebanyakan mangsanya berhadapan dengan tekanan perasaan, rasa tidak puas hati pasti akan ada serba sedikit. Amat menyedihkan apabila pihak media, khususnya TV3 telah mengambil kesempatan dengan tujuan untuk memburukkan PAS dan Kerajaan Negeri.
TV3 langsung tidak menghubungi pengurusan pusat atau pihak JKM untuk mendapat penjelasan lanjut. Berita mentah yang tidak dapat dikenal pasti puncanya telah diolah oleh TV3 untuk kononnya menunjukkan kegagalan pengurusan pusat pemidahan dan Kerajaan Negeri mengurus bencana ini.
11. PAS Kuala Kedah melihat banyak pihak telah terlibat dalam membantu mangsa banjir, termasuk Badan Bukan Kerajaan (yang dapat dipastikan – IKRAM, JIM, ABIM, Budha shutzi dll), parti-parti politik, sukarelawan yang terdiri dari anak muda tanpa organisasi yang telah mengambil inisiatif mewujudkan pos kawalan bagi melancarkan laluan trafik dan pelbagai pihak yang terlibat.
ni mengambarkan minat yang mendalam rakyat Malaysia untuk membantu mangsa yang terlibat dalam bencana. Suasana mesra, muhibbah dan kasih sayang rakyat Malaysia ini seharusnya diraikan dan disokong oleh pimpinan tertinggi Kerajaan Malaysia, tetapi nampaknya ia telah “dicemari” dengan agenda politik “sempit” yang saling menyerang dalam suasana bencana ini.
12. PAS Kuala Kedah merasakan bahawa nilai agama perlu diterapkan kedalam jiwa mangsa banjir, untuk itu PAS Kuala Kedah telah mengeluarkan Perutusan Takziah yang ditujukan kepada semua mangsa banjir bersama dengan bantuan yang diberikan kepada para mangsa. Menerima bencana sebagai satu proses “tarbiah – didikan” dari Tuhan dengan perasaan sabar dan mensyukuri nikmat yang telah banyak dikecapi telah diterapkan dalam risalah tersebut.
13. Untuk proses selepas banjir, pihak PAS Kuala Kedah menyatakan komitmen untuk membantu mangsa banjir, PAS Kuala Kedah telah mendapatkan tenaga dari PAS Kawasan-kawasan dalam Negeri Kedah, PAS negeri lain dan juga Unit Amal untuk membantu mangsa banjir dalam operasi yang dikenali dengan “Ops Cuci Bersih”.
14. PAS Kuala Kedah ingin merakamkan ucapan penghargaan yang setingginya kepada Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri dan Perseketuan, Parti Politik, NGO’s, Unit Amal dan sukarelawan banjir yang terlibat membantu sepanjang bencana ini berlaku, semoga segala amal usaha baik mereka diberkati Allah SWT.
YB Mohd Nasir Mustafa
Pengarah
Bilik Gerakan Banjir PAS Kuala Ke

No comments
Post a Comment