PAS Kaji Faktor Tewas Di Galas

KOTA BAHARU, 11 Nov (Bernama) -- PAS Kelantan akan melihat kemungkinan kesilapan strategi pimpinan parti termasuk oleh Menteri Besar yang juga Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai penyebab kekalahan parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, 4 Nov lepas.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata kajian itu akan dilakukan oleh jawatankuasa khas post mortem pilihan raya kecil itu yang akan ditubuhkan tidak lama lagi.

"Jawatankuasa itu akan dibentuk sebaik sahaja Menteri Besar Kelantan kembali dari mengerjakan haji di tanah suci Mekah," katanya kepada Bernama pada hari Khamis.

Pada pilihan raya kecil itu calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusoff, 49, menang dengan majoriti 1,190 undi setelah memperolehi 5,324 undi menewaskan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad.

Nik Aziz berlepas ke Makkah bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, semalam.

1 comment

Undertaker said...

Tak payah nak kaji lah PAS yang sabotag PAS siapa yang rundingan sulit dengan Tengku Razali???

Powered by Blogger.