Sukan Asia: Beng Hee, Mohd Azlan Mara Ke Separuh Akhir
Daripada Farhanah Azmi GUANGZHOU, 19 Nov (Bernama) -- Dua pemain skuasy lelaki utama Malaysia, Ong Beng Hee dan Mohd Azlan Iskandar mara ke empat terakhir pertandingan individu lelaki Sukan Asia ke 16.
Dalam perlawanan suku akhir di Gimnasium Bandaran Sukan Asia Guangzhou, pemenang dua pingat emas Sukan Asia, Beng Hee, terpaksa melalui perlawanan sengit selama 69 minit menentang Abdullah Almezayen, Kuwait (bertanding di bawah bendera IOC) sebelum menang perlawanan dalam lima set.
Beng Hee tewas kepada Abdullah pada set pertama 4-11 tetapi berjaya mengawal permainan dan menang dalam dua set berikutnya masing-masing 11-7 dan 13-11.
Abdullah menang pada set berikutnya menjadikan kedudukan terikat 2-2.
Bagaimanapun dalam set terakhir, Beng Hee menggunakan pengalaman luasnya untuk menyelesaikan perlawanan 11-3.
Beng Hee akan bertemu pemain Pakistan Atlas Khan, yang mengalahkan rakan senegara Ferhan Mehboob 11-7, 11-5, 10-12 dan 11-8, pada separuh akhir Sabtu.
Beng Hee, pemain no 18 dunia ketika ini, pernah tewas 1-3 kepada Amir pada Qatar Classic 2009.
Terdahulu, Mohd Azlan juga terpaksa melalui perlawanan yang berlarutan menentang pemain Hong Kong, Lee Ho Yin.
Ho Yin mendominasi set pertama dengan menang 11-3 tetapi Mohd Azlan mengimbangi skor dalam set berikutnya 11-5.
Mohd Azlan, pemain nombor 15 dunia, berjaya kembali kepada rentaknya dan mengawal kedudukan dalam set berikutnya sebelum menang 11-4 dan 11-6 dalam masa 60-minit.
Mohd Azlan akan bertemu pencabar dari India, Saurav Ghosal pada separuh akhir.
Pertemuan terakhir mereka di pusingan pembukaan Sky Open 2010 di Kaherah, Mesir Mei lepas, dalam mana Saurav menumpaskan Mohd Azlan.
Sementara itu, Saurav menempah tempat dalam empat terakhir selepas mengalahkan rakan senegara Siffharth Suchde dalam 'straight set' 11-6, 11-6 dan 11-7 dalam masa 44 minit.

No comments
Post a Comment