Tanpa kerjasama polis, petualang semakin berani
SHAH ALAM, 18 Nov – Keengganan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan negeri dalam memberkas sindiket pasir haram dan balak haram hanya mengalakkan petualang terbabit menggunakan apa sahaja cara bagi menentang kehendak rakyat Selangor.
Dalam kejadian terbaru, seorang pemilik lombong pasir haram di Semenyih menghunus pedang dan mengugut untuk membunuh pengkuat kuasa Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat yang turun untuk menyita jentera yang digunakan.
Sementara itu juga di Hulu Langat, penguatkuasa Jabatan Perhutanan Selangor dihalang daripada menyerbu lokasi pembalakan haram oleh segerombolan pemuda yang mendakwa diri mereka anggota Ikatan Relawan Rakyat atau Rela.
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Haniza Talha berkata, keberanian petualang terbabit mencuri dan menunjukkan penentangan secara terang-terangan diuja oleh kegagalan polis.
“Kegagalan polis bertindak ke atas sekumpulan pemuda Umno yang menyerang dan mencederakan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim, yang turun bertugas di kawasan Kunci Air Buang, seolah-olah memberi lampu hijau kepada sindiket untuk bertindak melampaui batas,” jelas beliau
Dilaporkan, sekurang-kurangnya 600 kilang haram beroperasi di Selangor secara berleluasa, dan hari ini agensi kerajaan negeri Selangor, dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Rela, berjaya menutup sebahagian besar operasi kilang-kilang pembalakan haram.
Jabatan Perhutanan Selangor telah merampas RM5.5 juta ringgit balak yang ditebang dari 380 kilang haram di seluruh negeri.
Manakala di sektor perlombongan pasir, Selangor mengikat kerjasama dengan SPRM untuk membanteras sindiket mencuri pasir. Seruan kerajaan negeri yang mahu bekerjasama dengan PDRM untuk membanteras petualang pasir bagaimanapun ditepis Kerajaan Pusat.
Ini berlaku selepas Kerajaan Negeri Julai lalu berkata, akan mendedahkan nama semua pengarah-pengarah syarikat yang diberi lesen perlombongan pasir sebelum peralihan kuasa pada tahun 2008.
“Kita mesti hentikan semua ini dan tindakan tegas perlu diambil supaya menjadi peringatan kepada perompak-perompak dan penjenayah lain bahawa kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mencuri harta rakyat Selangor,” katanya.
Berdasarkan kepada tindakan ganas dan biadap petualang terbabit, Haniza tidak menolak kemungkinan sindiket semakin terdesak untuk melindungi orang atasan mereka.
“Kami telah selidik hingga ke dasar dan tahu siapa yang mengarahkan mereka untuk berbuat demikian,” kata Adun Taman Medan itu.

No comments
Post a Comment