Anwar, Karpal Singh Didakwa Amal Politik Tidak Sihat

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Anuar Shaari, bekas setiausaha sulit Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari Selasa mendakwa penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dan pengerusi DAP Karpal Singh mengamalkan politik tidak sihat.

Beliau mendakwa Anwar menggunakan politik sebegitu untuk melepaskan diri daripada kes liwat yang dihadapinya manakala Karpal Singh yang menjadi peguam belanya dalam kes itu, menggunakan kes liwat itu sebagai alat untuk mencari keuntungan politik bagi DAP.

Anuar mendakwa keadaan itu telah mengelirukan anggota PKR yang telah membiarkan diri mereka diperdagangkan oleh Anwar dan parti itu dikuasai pihak lain.

No comments

Powered by Blogger.