Badminton: Lin Dan Antara Punca Jualan Tiket Naik 10 Peratus
KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Penyertaan pemain sensasi China, Lin Dan merupakan antara faktor yang melonjak 10 peratus penjualan tiket Kejohanan Badminton Proton Terbuka Malaysia tahun ini berbanding kejohanan tahun lepas.
Perkara ini diakui oleh Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh berikutan daripada keseluruhan 11,000 tiket yang dijual lebih 70 peratus tiket telah dibeli peminat sejak kejohanan dipromosikan November tahun lepas.
"Mungkin ramai yang menjangkakan penampilan semula Lin Dan dalam Terbuka Malaysia 2011 ini akan memberi kelainan kerana beliau dijangkakan akan bertemu pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei pada perlawanan akhir.
"Faktor inilah mungkin menyebabkan peningkatan penjualan walaupun harga tiket berbeza mengikut hari," katanya ketika ditemui pemberita di Stadium Putra Bukit Jalil di sini hari Selasa.
Beliau berkata BAM sangat berpuas hati dengan penjualan tiket yang laris pada tahun ini berbanding tahun lepas yang penjualannya dianggarkan sekitar 60 peratus.
"Tempat duduk kelas Premium mencatat penjualan yang paling laris dengan 60 peratus penjualan setakat ini untuk perlawanan separuh akhir dan akhir. Ia masih terbuka kepada peminat untuk mendapatkan tempat duduk ini," katanya.
Dalam pada itu beliau berkata jumlah penonton yang hadir pada perlawanan pusingan kelayakan hari ini dilihat begitu membanggakan kerana lebih ramai daripada tahun-tahun sebelumnya.
"Kita tidak menjangkakan ramai penonton pada hari ini yang dilihat lebih 100 penonton datang melihat. Saya harap jumlah penonton akan bertambah menjelang saingan separuh akhir nanti," katanya.
Peminat boleh mendapatkan tiket di hadapan pintu masuk Stadium Putra Bukit Jalil seawal 8 pagi hingga 5 petang. Tiket untuk kategori premium dijual pada kadar harga RM25 hingga RM45, tempat duduk bawah (RM15-RM35) dan tempat duduk atas (RM10-RM20).
Perlawanan hari ini menyaksikan pemain pelapis negara, Chong Wei Feng gagal memanfaatkan peluang untuk menempatkan diri dalam kelayakan utama kejohanan apabila tersingkir awal dalam pusingan kelayakan pertama.
Wei Feng terpaksa akur dengan kehebatan lawannya Tommy Sugiarto dari Indonesia apabila tumpas straight set 21-16, 24-22 dalam masa 42 minit.

No comments
Post a Comment