Bantahan Kemasukan Pelajar Perempuan Ke SMK(A) Falahiah Semakin Hangat Di Kelantan

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs242.snc4/39452_186301354729462_100000487951681_625127_4559137_n.jpg

pihak kami menerima beberapa email berkaitan masalah kemasukan pelajar perempuan ke SMK(A) Falahiah. Salah satu luahan kami paparkan buat pembaca.

Masalah ini sudah semakin kecoh apabila sesi pembelajaran esok, banyak banner yang digantung sekitar bandar dan tempat strategik dengan perkataan yang menyatakan bantahan kemasukan pelajar perempuan ke SMK(A) Falahiah, Pasir Pekan Kelantan.

Perkara ini dibangkitkan oleh pelajar-pelajar Alumni Falahiah yang menentang kemasukan pelajar campur. Mengikut maklumat, ucapan dari mudir sekolah pada sesi pendaftaran pelajar tingkatan 1 semalam, memang sah kemasukan pelajar perempuan ini disebabkan mengjaga nama sekolah dan pihak pengurusan sekolah semata-mata tanpa memikirkan masalah dan gejala yang mendatang. Keputusan dan pencapaian dari sekolah yang semakin teruk dan menurun dari tahun ke tahun.

Amat malang apabila pihak sekolah yang ada sekarang ini lebih tumpukan akedemik semata-mata tanpa memikirkan sahsiah dan peribadi pelajar. Sudah terbukti sebelum ini, sekolah ini berjaya dalam beberapa bidang dengan cemerlang!

Sedarlah wahai pihak pengurusan, guru-guru dan warga Falahiah, malang anda mempunyai pengetua dan pengurusan yang gilakan nama dan pangkat!

No comments

Powered by Blogger.