Hello Pak Menteri Ismail Sabri!
Secawan teh naik 10 sen
SIBU: Harga secawan teh atau kopi di Sibu, Kanowit, Selangau dan Machan akan dinaikkan antara 10 hingga 30 sen mulai 15 Januari ini, menurut Persatuan Pemilik Kedai Kopi dan Restoran Sibu semalam.
Persatuan itu yang mempunyai 360 ahli dari empat kawasan terbabit mengurangkan kenaikan harga daripada 10 hingga 50 sen pada awal tahun ini kepada 10 hingga 30 sen.
Pengerusinya, Tong Ink Kon, berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sibu.
“Gula bukan semestinya ramuan utama tetapi kenaikan harga susu dan produk susu juga dipertimbangkan” katanya di sini.
Tong berkata, persatuan tidak mengemas kini hargaminuman sejak lima tahun lalu dan faktor lain seperti sewa, gaji, serta tarif elektrik juga meningkatkan kos operasi.
Katanya, mulai 15 Januari ini, harga secawan kopi dan teh naik 10 sen, 20 sen untuk gelas sederhana dan 30 sen gelas besar. – BERNAMA

No comments
Post a Comment