Hodgson kena pecat
LONDON - Roy Hodgson telah dipecat sebagai pengurus Liverpool dan tempat- nya diambil alih oleh legenda bola sepak The Reds, Kenny Dalglish.
Menurut laporan, Dalglish akan mengendalikan Liverpool sehingga penghujung musim ini.
Hodgson yang mula membimbing The Reds sejak Julai tahun lalu dikritik hebat oleh penyokong-penyokong setia kelab yang berpangkalan di Anfield itu ekoran prestasi hambar anak-anak buahnya dalam saingan Liga Perdana England musim ini.
Memburukkan lagi keadaan, pemeca- tan Hodgson itu berlaku sehari sebelum Liverpool menentang Manchester United pada aksi pusingan ketiga Piala FA di Old Trafford malam ini.
"Saya melalui detik-detik sukar sepanjang karier saya sebagai pengurus dalam tempoh beberapa bulan kebela- kangan ini.
"Saya sangat sedih kerana tidak diberi peluang untuk kembali membawa Liverpool bangkit dan membawa masuk beberapa pemain pada pintu perpinda- han pemain yang telah dibuka ketika ini," jelas Hodgson.
Hodgson meninggalkan Anfield sele- pas enam bulan membimbing Liverpool selepas beliau mengambil alih tempat pengendali kelahiran Sepanyol, Rafael Benitez.
Di bawah kendalian Hodgson musim ini, Liverpool telah mengalami sembilan kekalahan dalam saingan liga domestik.
Terbaru, The Reds dimalukan Black- burn Rovers apabila tewas 1-3 di Ewood Park, sekali gus menyaksikan mereka menghuni tangga ke-12.
Dalam pada itu, berita pemecatan Hodgson semalam sudah pastinya mendapat sokongan penuh penyokong-penyokong fanatik Liverpool yang mana sebelum ini mereka mendesak pihak pengurusan kelab melantik Dalglish sebagai pengurus baru.
"Kami cukup bertuah kerana Dalglish bersetuju untuk membimbing kelab ini menjelang pertemuan dengan Manchester United esok (hari ini).
"Dalglish bukan sahaja dilabel seba- gai legenda bola sepak tetapi merupakan antara tiga pengurus Liverpool yang berjaya sebelum ini," kata pemilik Liverpool, John Henry.
Dalglish merupakan individu yang bertanggungjawab ketika membawa skuad The Reds menjulang trofi kejua- raan liga pada 1990. - Reuters

No comments
Post a Comment