Kadar Penginapan Hotel Di Kelantan Meningkat 10.7 Peratus Tahun Lepas
KOTA BAHARU, 11 Jan (Bernama) -- Kelantan berjaya meningkatkan kadar penginapan hotel sebanyak 10.7 peratus bagi tempoh Januari hingga September lepas.
Pengarah Tourism Malaysia Kelantan Zurina Abdul Samad berkata bagi tempoh tersebut seramai 638,000 menginap di hotel-hotel di negeri itu berbanding 576,000 bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis ramah mesra Tourism Malaysia Kelantan di sini hari ini, Zurina berkata angka itu juga petunjuk peningkatan kehadiran pelancong ke negeri tersebut.
Peningkatan ini adalah selaras dengan saranan Pelan Transformasi Tourism Malaysia yang mensasarkan 36 juta pelancong ke Malaysia yang dianggar menyumbang RM168 bilion pada tahun 2020, katanya.
Zurina juga yakin kedatangan pelancong ke Kelantan akan terus meningkat bersandarkan kepada keunikan negeri ini.
"Keunikan wanita yang memonopoli bidang perniagaan di Pasar Siti Khadijah boleh dijadikan ikon kepada industri pelancongan negara," katanya.

1 comment
Semua barang naik.. penginapan hotel sudah semestinya naik.. kena pandai memilih hotel yang sesuai dengan kunjungan pelancong.. layari Cuti-Cuti Kelantan untuk mengetahui tip memilih hotel di Kelantan.
Post a Comment