Kes saman Anwar terhadap Saiful disebut semula 25 April
KUALA LUMPUR, 10 Jan — Saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang didakwa berniat jahat kerana membuat laporan polis dirinya diliwat bekas majikannya itu, ditetapkan untuk sebutan pada 25 April ini sementara menunggu perbicaraan kes liwat yang dihadapi Anwar di Mahkamah Tinggi Jenayah selesai.
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Anisah Normah Muhammad Nor menetapkan tarikh itu selepas berjumpa dengan peguam Jason Tay, yang mewakili Ketua Pembangkang, di dalam kamar hari ini.
Mahkamah Tinggi Jenayah menetapkan 21 Januari ini untuk sambung bicara kes liwat Anwar.
Anwar, 63, memfailkan saman terhadap Mohd Saiful, 25, pada 30 Jun, 2008, mendakwa bekas pembantunya itu membuat laporan polis kerana mempunyai niat tersembunyi dan juga untuk mencemarkan peribadinya sebagai ahli politik.
Dalam pernyataan tuntutannya, beliau mendakwa Mohd Saiful tahu yang pertuduhan liwat itu adalah palsu tetapi tetap meneruskannya dan membuat laporan polis pada 28 Jun, 2008.
Beliau mendakwa hasil daripada laporan polis itu, maruah beliau telah tercemar dan beliau menanggung penderitaan dan aib.
Mohd Saiful, dalam pernyataan balasannya yang difailkan pada Mei 2009, berkata laporan polis itu mempunyai justifikasi dan sekiranya perkara itu tidak benar, pihak pendakwaan tidak akan mendakwa Anwar dengan pertuduhan liwat. — Bernama

No comments
Post a Comment