Tidak terpengaruh dengan provokasi – Shuhaimi
Oleh NAEEM RAFFI
SHAH ALAM 10 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata, beliau sentiasa konsisten mendepani masalah dengan mengambil pendekatan tidak akan memberi reaksi berunsur ganas ataupun ugutan kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan.
Shuhaimi berkata demikian ekoran tindakan ganas beberapa pihak yang menyimbah cat dan membakar gambarnya sebagai tanda protes berkenaan tulisan di blognya yang dianggap sesetengah pihak sebagai menghina Sultan Selangor pada 30 Disember lalu.
Ditemubual dalam Program Tinta Selangor di TvSelangor petang tadi, Shuhaimi menyerahkan kes tersebut kepada pihak berkuasa dan menyifatkan tindakan ugutan dengan menyimbah cat di pejabatnya adalah sebagai satu tindakan kurang matang kerana terdapat banyak saluran yang betul boleh digunakan untuk meluahkan rasa ketidakpuasan hati atau sebagainya.
“Pada pandangan saya, sama ada ia dilakukan oleh orang luar ataupun orang dalam, saya serahkan kepada kebijaksanaan pihak keselamatan, apa yang saya mahu tegaskan ialah, perbuatan itu ialah perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab dan cuba memberikan satu mesej bahawa seolah-olah saya melakukan sesuatu yang tidak disenangi oleh mereka.
“Tetapi persoalannya disini ialah, kalau kita tidak bersetuju, kita masih boleh untuk mengemukakan pandangan kita secara yang lebih berhemah dan saluran yang tertentu ataupun luah dalam bentuk point untuk kita perbahaskan,” katanya.
Tulisan Shuhaimi di blognya pada 30 Disember lalu yang didakwa memberi gambaran Sultan Selangor bertindak sewenang-wenangnya ketika memperkenankan pelantikan setiausaha kerajaan (SUK) negeri – mengundang banyak reaksi negatif dan laporan polis.
Malah, dua NGO iaitu Gerakan Anti Penyelewengan Selangor atau Gaps dan Pertubuhn Pribumi Perkasa Malaysia atau PERKASA mahu Shuhaimi dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan “peperangan ke atas Raja-raja Melayu”.
Bagaimanapun, Shuhaimi melalui Azmizam mendakwa isu itu telah dimanipulasikan.
Shuhaimi dalam ruang temubual selama 30minit ini menjelaskan insiden yang berlaku terhadapnya tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk terus berjuang mengembalikan hak rakyat walaupun menjangkakan lebih banyak perkara yang tidak beretika bakal berlaku dalam kancah politik di Selangor.
“Saya menjangkakan lepas ini lebih banyak lagi perkara-perkara yang mungkin tidak beretika dilakukan semata-mata untuk menghalalkan cara mereka tetapi perlu juga saya perjelaskan apa yang berlaku di Pejabat Dun itu tidak menyekat saya untuk terus bersuara mengembalikan hak kepada rakyat,” katanya.

No comments
Post a Comment