Kubur lama hanya bertahan lima tahun lagi

SELAYANG, 21 Jan - Sebelum berpindah ke tapak baru di Bukit Lagong, Bukit Idaman Selayang, tanah perkuburan Islam Sungai Tua, dijangka hanya mampu menampung jumlah jenazah kira-kira lima tahun lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amiruddin Shari berkata, tiada cadangan untuk melaksanakan pembinaan kubur bertingkat bagi mengatasi masalah ruang terhad yang sedia ada sekarang.

Menurutnya, Kawasan di Bukit Lagong sudah diwartakan sebagai tanah baru Perkuburan Islam Sungai Tua bagi mengatasi masalah ini, namun buat masa ini persekitaran di situ dikatakan terletak di bukit curam dan berbatu.

“Bagaimanapun kita akan semak tempat itu kerana kawasan berkenaan juga perlu dikongsi dengan kariah masjid bagi Kampung Selayang Pandang,” katanya semasa majlis gotong-royong mengalihkan pagar Perkuburan Islan Sungai Tua ke sempadan baru, melibatkan Tanah Perkuburan Selayang Baru, semalam.

Hadir sama, Ahli Majlis perbandaran Selayangn (MPS) Zulkifli Hamzah dan Hasbullah Mohd Ridzwan.

Mengulas lanjut cadangan perkuburan bertingkat tidak dicadang untuk dilaksanakan, Amirudin berkata, ia adalah disebabkan kos tinggi melibatkan pembinaan struktur, selain ia belum pernah diwujudkan di Selangor.

No comments

Powered by Blogger.