Sebenarnya siapa yang derhaka?
UMNO Selangor akhirnya bersetuju untuk hadzir didalam persidangan khas Dewan Undangan Negeri Selangor pada 24 Januari yang akan datang. Persidangan itu dipanggil untuk meminda perlembagaan Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa melantik 3 pegawai Tertinngi kerajaan negeri yang menjadi ahli Ex-Officio didalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) kepada Tuanku Sultan Selangor dengan nasihat Menteri Besar.
Jawatan yang dimaksudkan ialah Setuiausaha Kerajaan, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang negeri. Pindaan kepada bab52 perlembagaan Selangor jika diluluskan akan mengembalikan kuasa Tuanku Sultan Selangor seperti sebelum pindaan perlembagaan 1993 semasa krisis perlembagaan yang dicetuskan oleh UMNO dahulu.
Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar telah menyatakan yang semua ADUN BN telah diarah untuk menghadziri Persidangan khas itu tetapi tidak bermakna pindaan akan diluluskan. Noh berkata perkenan Tuanku Sultan untuk Dewan Undangan bersidang tidak semestinya Tuanku mahu undang-undang itu dipinda.
Noh seterusnya menuduh yang TS Khalid Ibrahim durhaka kepada Sultan kerana Khalid mahu kuasa perlantikan pegawai itu dibahagi-bahagikan dengan Tuanku Sultan. Dengan kenyataan Noh itu menunjukkan yang UMNO sedang mencari helah untuk menutup malu kerana sebenarnya UMNO tidak mahu pindaan itu diluluskan untuk memberikan kuasa itu kembali kepada Tuanku Sultan.
Apa pun alasan yang diberikan oleh UMNO, kita mesti ingat satu perkara; mahu kah atau tidak UMNO mengembalikan kuasa yang pernah dipegang oleh Tuanku Sultan dikembalikan kepada Tuanku. Jika mahu, UMNO tidak payah bercakap banyak, hanya sokong sahaja pindaan itu untuk membuktikan yang UMNO benar-benar jujur untuk melihat Tuanku mendapatkan kembali kuasa yang pernah dipegang oleh Tuanku Sultan.
Jika UMNO tidak mahu menyokong pindaan itu maka ianya membuktikan yang UMNOlah yang berdegil untuk tidak mahu memberikan Tuanku Sultan untuk berkuasa melantik 3 pegawai tertinggi kerajaan negeri itu. Itu sahaja dan tidak payah berdolak dalik dan memutar belitkan isu yang sudah jelas boleh dibaca oleh orang yang pandai membaca dan sedikit menulis.
Cuba elakkan menuduh kerajaan Selangor dengan bermacam-macam tuduhan liar kerana rakyat nampak sebab yang menyebabkan UMNO begitu kecewa dengan persidangan khas itu.
Silat yang ditunjukkan UMNO itu tidak lebih dari hanya silat pulut sahaja. Itulah sebabnya kita tidak boleh menyombong apabila kita berada diatas. Hidup ini ibarat roda: duduk diatas dan dibawah ini merupakan pusingan yang natural yang berlaku dalam kehidupan kita ini.
Kalau benar UMNO yang berucap kehulu kehilir kononnya untuk menaikkan kedaulatan Raja-Raja Melayu itu, didalam persidangan khas itulah tempat untuk membuktikan yang UMNO itu mendaulatkan Raja-Raja Melayu dan mendaulatkan Melayu keseluruhannya.
Pemimpin-pemimpin UMNO seperti Noh Omar terpaksa berbohong kehulu dan kehilir, kebukait dan kelurah untuk menutupi sikap UMNO sebenarnya tidak merasa molek jika kuasa itu dipulangkan kepada Kebawah Duli Tuanku.
Didalam isu ini kita bukan untuk menunjukkan siapa yang cekap dan siapa pula yang lembab. Isu ini bersabit dengan masa depan Melayu dan bangsa-bangsa lain untuk hidup bersama-sama dalam kehidupan yang muhibbah dan harmonis diantara satu dengan yang lain.
Kepada Satim Diman yang mengetuai parti pembangkang didalam DUN Selangor perlu memberikan arahan supaya jangan derhaka kepada Raja. ADUN-ADUN BN wajar bersama-sama memberikan penghormatan kepada Tuanku Sultan seperti yang anjurkan oleh kerajaan PR Selangor.
Berbuat baik dan hilangkanlah prasangka untuk bersama-sama mendaulatkan Tuanku Selangor seperti yang dikehendakki oleh rakyat melalui kerajaan pilhan mereka iaitu kerajaan PR. Noh mesti ingat lagi banyak bercakap lagi mudah pihak lain melihat kelemahan beliau. Jangan ditolak usul itu, kerana jika ditolak sekali gus terbukti bahawa UMNOlah yang tidak mahu perlembagaan ini dipinda.
Jadi bagaimana pula Khalid yang dituduh menderhaka kepada Tuanku Selangor? Mana lojiknya pihak yang mengusulkan kuasa itu diberikan kembali kepada Raja itu pula yang derhaka sedangkan mereka (UMNO) yang membebel kerana kecewa dengan pindaan ini mengakui mereka taat dan setia kepada Raja seperti yang dikehendakki oleh semangat Rukun Negara itu?
Kita tunggu 24 hb untuk membuktikan siapa yang derhaka dan siapa pula yang tidak derhaka. Kepada UMNO saya mengucapkan selamat bersidang dan tunjukkan bukti yang UMNO itu menghormati institusi Raja itu. Pada hari itu nanti ADUN-ADUN dari BN elok bangun pagi-pagi untuk bersiap menyokong pindaan itu. Masuklah kedalam DUN dengan senyum manis dan berjanji untuk tidak berbohong lagi. Jangan bersilat-silat lagi. Ini bukan masanya untuk menunjukkan kemahiran bersilat. Kalau kita pandai bersilat, ada orang lain yang lebih pantas dan mahir dengan silatnya.
Lidah jangan bercabang-cabang. Berfikir dahlu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan tentang isu ini. Kalau tidak kena cara bercakap rakyat akan naik jemu dan mual terhadap kita semua.
http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/01/sebenarnya-siapa-yang-derhaka.html

No comments
Post a Comment