Malu! Puak Umno sebenarnya Jahil Agama

‘PAS tak pernah tolak wanita tanding’

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata PAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan melarang wanita daripada bertanding dalam pilihan raya.

Beliau berkata, mengikut sejarah parti itu, PAS pernah meletakkan calon wanita iaitu Khadijah Sidek pada pilihan raya umum 1950-an untuk bertanding bagi kerusi Kemaman, Terengganu.
“Seingat saya, PAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa wanita tidak boleh bertanding, (ini kerana) Khadijah Sidek pada 1950-an, iaitu ketika mula-mula PAS bertanding di Tanah Melayu, dia menang bagi kerusi Kemaman,” katanya selepas Majlis Penyerahan Cek Kepada Pemain Pasukan Bola Sepak Kelantan Sempena Kejayaan Menjuarai Piala Malaysia 2010, di Kota Darul Naim di sini, semalam.

Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS pilihan raya kecil DUN Tenang, Salahuddin Ayub, dilaporkan mengakui parti itu membuat tafsiran semula ayat al-Quran berhubung keputusan meletakkan calon wanita bertanding selepas membuat ketetapan tidak membenarkan calon wanita bertanding, sebelum ini.

Salahuddin juga dilaporkan tafsiran semula ayat al-Quran dan keputusan yang dibuat adalah mengikut kesesuaian dan peredaran masa demi kepentingan politik.

Selain itu, ketika diminta mengulas isu tidak bersalam ketika calon PAS, Normala Sudirman, menemui pengundi ketika berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Nik Aziz berkata, perkara itu tidak sepatutnya timbul.

Katanya, tidak menjadi masalah apabila seorang wanita itu masih mahu bersalaman dengan orang bukan muhrimnya, tetapi mestilah melapik tangan terlebih dulu.
“Lelaki dan wanita tidak dibenarkan berjabat salam, jika nak salam juga pakailah (sarung tangan atau berlapik).

“Kita di Kelantan, apabila orang bukan Islam (wanita) tahu keadaan ini, maka mereka tidak bersalam dengan saya. Oleh itu, saya berpendapat perkara ini tidak sepatutnya menjadi isu,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.