MB : Sambutan Thaipusam petunjuk kemajmukan masyarakat mesti disantuni
SHAH ALAM, 19 Jan – Sambutan Thaipusam adalah satu lagi petunjuk kemajmukan masyarakat Malaysia yang mesti disantuni oleh semua, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam perutusan sempena Hari Thaipusam yang disambut esok.
Kata Tan Sri Khalid lagi, Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat akan terus sedaya upaya menyantuni kepelbagaian ini.
“Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada para penganut agama Hindu di Malaysia khususnya di negeri Selangor Darul Ehsan. Tahun ini secara tradisinya sambutan ini dibuat di Batu Caves yang dimasukkan sebagai satu daripada 10 ikon pelancongan negeri Selangor,” katanya.
Menurut Tan Sri Khalid lagi sambutan Thaipusam ini adalah satu lagi petunjuk kemajmukan masyarakat Malaysia yang mesti disantuni oleh semua. Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat akan terus sedaya upaya menyantuni kepelbagaian ini.
Dalam tahun 2010 sahaja sebanyak Kerajaan Negeri telah habis membelanjakan seluruh RM 3 juta untuk membaik pulih serta membiayai upacara sembahyang.
“Kebanyakan peruntukan tersebut telah dibelanjakan untuk kuil-kuil hindu. Selain itu, Jawatankuasa Rumah Ibadat untuk agama dan kepercayaan selain Islam telah meluluskan 103 permohonan tanah untuk rumah ibadat, daripadanya 56 adalah Kuil hindu,” katanya lagi.
Tan Sri Khalid berkata lagi, selain bantuan khusus kepada rumah ibadat, bantuan kepada masyarakat India juga diberikan dalam bentuk kemudahan di sekolah Tamil yang berjumlah RM4 juta serta untuk anak-anak pekerja ladang yang berpotensi untuk mendapat pendidikan lanjutan di Kolej Teknik INPENS, milik kerajaan negeri.
“Kerajaan Negeri Selangor percaya bahawa kerukunan hidup bermasyarakat perlu dipelihara dan dipertahankan. Bantuan dan kerjasama dengan masyarakat India akan terus diberikan mengikut kemampuan. Sesungguhnya perbezaan yang ada itu lumrah dan mesti disantuni dengan baik,” katanya lagi.

No comments
Post a Comment