Nadal tumbang di tangan Davydenko
DOHA - Pemain Rusia, Nikolay Davydenko mencipta kejutan apabila mara ke final Kejohanan Tenis Terbuka Qatar semalam.
Tampil selaku penyandang juara, Davy- denko jelas tidak tertekan untuk melakar kemenangan ke atas bintang handalan Sepanyol, Rafael Nadal 6-3, 6-2 pada pertemuan separuh akhir semalam.
"Saya sendiri terkejut apabila saya sekali lagi berjaya mara ke final kerana saya langsung tidak menjangka saya mampu beraksi baik seperti hari ini (semalam).
"Hari ini (semalam) saya berjaya mene- waskan pemain No. 1 dunia (Nadal), namun saya merasakan aksi Nadal sama sekali berbeza. Yang pasti dia tidak berada pada tahap prestasi terbaiknya.
"Kebiasaannya, Nadal merupakan lawan yang cukup sukar untuk ditewaskan tetapi saya melihat dia agak keletihan hari ini (semalam)," jelas Davydenko.
Lawan yang menanti Davydenko pada pentas final nanti adalah bekas pemain No. 1 dunia dari Switzerland, Roger Federer.
Federer yang diramal akan membuat perhitungan dengan Nadal pada aksi final, meneruskan kemaraan apabila mencatatkan kemenangan 6-3, 7-6 ke atas Jo-Wilfried Tsonga dari Perancis dalam satu lagi aksi separuh akhir.
"Saya telah beraksi dengan baik sepanjang minggu ini dan tidak kiralah siapa lawan saya selepas ini, saya pasti ia bakal menjadi perlawanan yang sangat menarik.
"Kelebihan sudah pasti memihak kepada saya yang mana saya telah beraksi di pentas final di sini sebanyak dua kali," kata Federer. - AP

No comments
Post a Comment