Oh! Rupanya SPA Lebih Berkuasa Dari Sultan Selangor…

Krisis perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bukan sahaja mendedahkan keburukan Khusrin, tetapi turut membongkar kezaliman Umno-BN terhadap Institusi Raja Berperlembagaan yang telah menghadkan kuasa Sultan-sultan di Negeri-negeri Persekutuan termasuk Selangor.

Krisis Perlembagaan melibatkan kepentingan dan bidang kuasa Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Agong pada tahun 1993 adalah hasil dari keghairahan Umno mengambil peluang diatas kemarahan rakyat. Dan akhirnya tanpa disedari ramai pihak umno juga telah meminda undang-undang Tubuh Negeri selangor yang meletakan kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang dibawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan melalui ‘agennya’ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Dalam kes perlantikan Khusrin, Baginda Sultan Selangor dengan jelas mengakui hal ini dan Baginda tidak mampu berbuat apa-apa melainkan jika Kerajaan Selangor berunding sendiri dengan pihak SPA (Baca sebagai Agen Kerajaan BN).

Dengan sendirinya ketetapan undang-undang tubuh itu memberikan kuasa mutlak kepada Persekutuan bukannya kepada Sultan atau Kerajaan Negeri memerintah untuk menentukan siapakah yang layak dikerusi kanan pentadbiran Kerajaan Negeri itu.

Justeru itu saya berpendapat bahawa apa yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mahu mengadakan sidang DUN tergempar bagi meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri supaya Hak dan Kuasa Sultan dikembalikan adalah tepat. Ini sekaligus akan menendang keluar agenda Umno-BN dari pintu Dun dan Istana.

Saya juga yakin bahawa Kerajaan Negeri lain juga perlu melihat dan menganalisa Undang-undang Tubung negeri masing untuk melihat skop dan bidang kuasa Sultan mereka. adakah ianya menepati kedudukan baginda sebagai Ketua Negeri dan menghormati Menteri Besar serta Kerajaan yang dipilih atau masih lagi mempunyai agenda Sulit Umno-BN.

Undang-undang ciptaan manusia adalah fleksibel dan sesiapa yang memerintah boleh mengubahkan mengikut acuan mereka. Tetapi dengan menyentuh bidang kuasa Sultan, ternyata Umno adalah parti yang Khianat dan dianggap Penderhaka kerana sanggup melakukan pindaan untuk menzalimi Sultan dan Rakyatnya.

[Sumber]

No comments

Powered by Blogger.