Panas Katak Fairus Akan Bagi Ceramah Kat UPSI Malam Ni? BOOO La..

Bekas Tim. Ketua Menteri dituduh rasuah, beri ceramah di Upsi
Tanjong Malim, 25 Disember- Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang YB Mohammad Fairus Khairuddin dikatakan pada malam ini akan menyampaikan satu ceramah bertajuk "Agenda Memperkasakan Negara Bangsa" bertempat di Kolej Za'ba.

Beliau yang merupakan ADUN Penanti yang memenangi kerusi atas tiket PKR dikatakan telah 'lompat' dari parti tersebut dan menurut sumber pernah dituduh dan disiasat oleh SPRM dalam kes rasuah (telah dibebaskan dari tuduhan).

Dalam pada itu, rata-rata mahasiswa disini menyatakan kekecewaan berhubung bagaimana seorang ahli politik seperti beliau boleh lepas untuk memberi ceramah dikampus.

Dalam hal berkaitan, minggu lepas ADUN 'lompat' Jamaluddin Razi (ADUN Behrang) dan ADUN Slim River turut hadir ke Upsi dalam satu majlis yang dianjurkan.


http://upsikini.blogspot.com/2011/01/bekas-tim-ketua-menteri-dituduh-rasuah.html

No comments

Powered by Blogger.