Pemuda PAS cabar Pengarah Pelajaran Johor tanding di Tenang January 10, 2011 KUALA LUMPUR, 10 Jan – Dewan Pemuda PAS pusat mencabar Pengarah Pendidik

Oleh Debra Chong

GEORGE TOWN, 10 Jan – Setiausaha politik Lim Guan Eng, Ng Wei Aik, yang didakwa berkata “tutup kedai, balik India” terhadap seorang pengusaha restoran nasi kandar di sini, bersedia untuk meletakkan jawatan jika ada bukti beliau mengeluarkan kenyataan berbaur rasis itu.

Minggu lalu, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) mendesak Ng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar agar memohon maaf berhubung dakwaan beliau mengeluarkan ungkapan seumpama itu 2 Januari lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan Kimma Pulau Pinang, Faruk Raja Mohamed berkata, pihaknya memberi tempoh seminggu kepada Ng, setiausaha politik kepada Ketua Menteri berbuat demikian dan menarik balik kata-kata unsur perkauman itu.

Laporan media sebelum ini menyebut, Ng mengeluarkan ungkapan itu kepada Syed Kasali Mohamed Aliyar, 42, ketika pasukan penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang menjalankan operasi menyita barang-barang kedai.

Ng telah menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian dan menunjukkan rakaman video bagi mempertahankan pendirian beliau.

“Ini jelas satu pembohongan... fitnah dan dakwaan liar yang saya tidak boleh terima,” kata beliau pada sidang media hari ini.

“Jika ada bukti bahawa saya mengatakan kata-kata itu, saya dengan segera akan meletakkan jawatan saya sebagai setiausaha politik,” kata beliau.

Ng juga berkata, beliau akan menghantar surat kepada Kimma meminta mereka memohon maaf dalam seminggu atau berhadapan dengan tindakan susulan.

Dalam pada itu, bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan perbuatan kasar Ng sebagai tindakan yang angkuh.

Abdullah, yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, berkata adalah tidak wajar bagi Ng mencampuri urusan penguatkuasaan dengan mengambil tindakan sendiri terhadap Syed Kassali.

“Dulu mereka (DAP) tuduh kita sombong, kita (Umno) angkuh, rupa-rupanya mereka yang angkuh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Ulul Albab di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas hari ini.

Abdullah berkata Ng sepatutnya hanya perlu melaporkan kepada pihak berkuasa jika beliau mendapati peniaga berkenaan melakukan sebarang kesalahan undang-undang.

“Di mana-mana pun kita tak boleh guna kekuatan sendiri. Kalau tidak merujuk kepada apa-apa peraturan yang telah ditetapkan, tak boleh dan itu tak kena cara,” kata beliau dipetik Bernama.

No comments

Powered by Blogger.