Perjumpaan Tok Guru Nik Aziz, Najib Dan Agong
Nik Aziz akui pertemuan 24 Dis, ‘ada perkara dibincang’
KOTA BARU, 3 Jan – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui ada bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di ibu negara akhir bulan lalu - pertemuan yang dikatakan turut dihadiri beberapa pemimpin PAS, Umno dan Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimanapun, Nik Aziz (gambar) enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana demi menjaga peraturan yang sepatutnya dilakukan oleh setiap pemimpin.
Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung pertemuannya dengan Perdana Menteri pada 24 Disember lalu.
Ketika ditanya adakah sebarang perkara dibincangkan antara pemimpin tertinggi negara itu, Nik Aziz turut mengakuinya.
“Tentu ada perkara yang dibincangkan, mana boleh bertemu dengan Perdana Menteri untuk bersembang biasa,” kata beliau dipetik Harakah Daily hari ini.
“Saya tidak boleh sebut (isi perbincangan) kerana ia didakan secara tertutup, kita perlu jaga peraturan jumpa orang besar, macam mana saya nak ulas,” katanya kepada pemberita selepas meraikan penjaga kebangsaan kelahiran Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat di sini hari ini.
Ketika ditanya adakah pertemuan itu turut menyentuh soal royalti, beliau juga enggan mengulas lanjut.
“Saya tak boleh sebut apa-apalah sebab ia tertutup,” ujarnya.
Ditanya adakah pertemuan itu menyentuh mengenai isu petroleum yang dituntut oleh kerajaan negeri, Nik Aziz berkata, “tentu ada benda, mana boleh seorang rakyat jumpa dengan pemerintahnya tidak ada apa-apa, cuma ia dibuat tertutup, saya tidak boleh sebut.”
The Malaysian Insider pagi tadi melaporkan, pemimpin-pemimpin PAS berhadapan dengan satu lagi ‘perbalahan’ ekoran khabar angin bahawa kepimpinan tertinggi parti itu mengadakan pertemuan dengan rakan mereka dari Umno di ibu negara baru-baru ini.
Khabar angin ini muncul ini hanya tinggal enam bulan sebelum PAS dijadual mengadakan pemilihan dwitahunan Jun ini.
Malah dakwaan ini mengulangi ‘krisis’ yang pernah disaksikan sebelum ini.
Pertemuan majlis makan malam itu dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Nik Aziz.
Kedua-dua Najib dan Muhyiddin berulang kali pernah melahirkan hasrat dan kesediaan untuk mengadakan perbincangan dengan Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin kanan PAS tahun lalu.
Masih belum pasti sama ada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau timbalannya Nasharudin Mat Isa, yang sebelum ini didakwa memihak atau cenderung kepada kerjasama Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan, hadir bersama.
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yussof ketika dihubungi mengesahkan Nik Aziz hadir tetapi menegaskan, kehadiran beliau hanya atas jemputan menghadiri majlis santapan di Istana Terengganu, Kuala Lumpur.
“Tok Guru hadir kerana diundang ke majlis santapan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong. Dan, turut hadir ialah Datuk Seri Najib, tiada kaitan dengan soal politik, majlis santapan sahaja,” kata beliau.
“Bagi Tok Guru, majlis itu adalah nilai sentimental,” kata beliau secara berseloroh.
Bagaimanapun beliau tidak pasti sama ada pemimpin-pemimpin lain termasuk dari PAS turut hadir.
Pertemuan itu berlangsung pada 24 Disember lalu.
Dalam akhbar Siasah keluaran terbaru, Ketua Pengarangnya Sayuti Omar berkata, “apa yang saya dengar ini ialah perjumpaan ‘besar’ di antara tiga tokoh negara ini dari dua parti berlainan.”
“Pertemuan itu ialah antara Mursyidul Am PAs dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Pertemuan ini berlaku di istana negara pada malam Jumaat lalu (24 Disember). Turut sama hadir katanya (Tan Sri) Muhyiddin Yassin,” katanya dalam laporan muka depan membawa gambar Nik Aziz dan Najib.
The Malaysian Insider difahamkan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan PAS pusat atau negeri Kelantan dalam sehari dua ini.
Penyokong-penyokong Nik Aziz mendakwa Menteri Besar Kelantan diperangkap supaya menghadiri pertemuan bersama pemimpin-pemimpin Umno dan mereka juga mendakwa satu lagi pertemuan telah diadakan sehari sebelum majlis makan malam itu.
Beberapa pemimpin PAS terlibat dalam ‘debat’ mengenai isu itu menerusi laman sosial Facebook dengan mendakwa Hadi dan Nasharudin cuba memulihkan usaha untuk bekerjasama dengan Umno ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan.
Malah ada yang memertahankan kedua-dua Hadi dan Nasharudin masing-masing ahli Parlimen Marang dan Bachok.
Menerusi laman Facebook, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Haron membayangkan beberapa pemimpin kanan PAS masih cenderung untuk membentuk kerjasama politik dengan Umno.
Nik Aziz sejak 2008 berkeras menolak sebarang kerjasama politik dengan Umno dengan merujuk kepada peristiwa tahun 1970-an.
Dalam perkembangan lain, Nik Aziz mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Kota Baru, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah yang mengeluarkan kenyataan sanggup mati kerana mempertahankan Pengerusi DAP, Karpal Singh.
“Karpal Singh orang undang-undang, sejak muda sampai tua, beliau dihormati golongan undang-undang,” katanya.

No comments
Post a Comment