Selindung ‘Tiger Show’: Umno tutup pekung didada
SHAH ALAM, 3 Jan – Umno-Barisan Nasional(BN) sehingga hari ini masih belum tampil menjelaskan isu ‘Tiger Show’ pada majlis makan malam syarikat Sony di Hotel Marriott, Putrajaya 16 Disember lalu walaupun dituntut pelbagai pihak.
Sehubungan dengan itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo’lo’ Mohamad Ghazali bercadang untuk membuat surat terbuka kepada menteri berkenaan bagi mengajukan perkara tersebut, memetik laporan Harakahdaily.
Dr Lo’lo’ menyifatkan Umno sengaja menutup pekung didada selain menunding jari ke arah pakatan pembangkang.
Malangnya lagi, media pro Umno Utusan Malaysia bertindak menghebahkan di muka hadapan cara Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching mengenakan pakaian sukan biasa ketika sesi senam robik baru-baru ini.
“Adalah malang isu YB Teo Nie Ching yang hanya bersenam robik dengan pakaian sukan yang biasa dipakai wanita bukan Islam menjadi berita muka depan Utusan Malaysia, tetapi kemungkaran yang lebih besar seperti ini didiamkan oleh media pro Umno,” katanya yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa.
Majlis makan malam itu sebelum ini dihadiri oleh orang Melayu beragama Islam namun mempamirkan aksi ghairah dengan pakaian menjolok mata.Dr Lo’lo’ menambah, majlis tersebut jelas mempersendakan umat Islam yang hadir.
“Pertunjukan ini yang bukan setakat ‘free show’, malah ‘free touch’ dihadiri sebahagian besarnya oleh orang-orang Melayu yang mungkin beragama Islam,” tegas beliau.
Menteri yang bertanggungjawab terhadap agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sepatutnya menyatakan pendirian menolak unsur barat di negara ini hanya mendiamkan diri sebaliknya membenarkan media Umno-Barisan Nasional memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat.
Sebelum ini, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi mahu hal ehwal agama kerajaan bertindak memperbetulkan perkara itu agar tidak dipandang serong masyarakat di negara ini.
Katanya, Malaysia tidak akan membenarkan sebarang usaha menjadikan negara sebagai hab maksiat atau hab tarian lucah seperti yang berlaku pada makan malam anjuran syarikat Sony Malaysia baru-baru ini.

No comments
Post a Comment