Polis Tangkap Penunjuk Perasaan Lapangan Terbang 2008
BANGKOK, 18 Jan (Bernama) - Selepas lebih dua tahun rampasan dua lapangan terbang oleh penunjuk perasaan, polis hari Selasa menangkap dua orang daripada mereka di ibu negara ini.
Pembantu Ketua Polis Jen. Polis Somyot Pumpanmuang berkata Chaiwat Sinsuwong ketika ini ketua kumpulan Thai Patriots Network dan Somboon Thongburan, seorang anggota kumpulan tersebut ditahan di sebuah restoran di sini pada 1.30 tengah hari.
Mereka akan didakwa kerana merampas dua lapangan terbang tersebut.
Thai Patriots Network merupakan kumpulan serpihan parti People's Alliance for Democracy (PAD) yang merampas lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi dan Lapangan Terbang Don Muang, di sini pada November, 2008.
PAD juga dikenali sebagai Kemeja Kuning, menyekat lapangan terbang itu selama beberapa hari mengakibatkan banyak penerbangan antarabangsa dan domestik dibatalkan ketika itu.
Mereka merampas lapangan terbang itu sebagai langkah untuk memaksa peletakan jawatan Perdana Menteri Somchai Wongsawat.
Puak penentang Kemeja Kuning, Kemeja Merah menyalahkan kerajaan kerana mengambil tindakan lembab terhadap penunjuk perasaan Kemeja Kuning, tetapi bertindak pantas terhadap Kemeja Merah.

No comments
Post a Comment