Program 100 Hari: Cadangan Anwar melangkaui sempadan politik
SHAH ALAM 13 Jan - Cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘Program 100 Hari Pakatan Rakyat’ dilihat melangkaui sempadan politik.
Justeru, perbincangan intelektual pemulihan ekonomi negara harus diketengahkan kepada umum bagi memberi gambaran awal arah tuju negara.
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya (UM), Dr Abu Hassan Hasbullah yang dihubungi TVSelangor berkata, persepsi rakyat kini menjurus ke arah kepimpinan yang mampu mengorak perubahan meningkatkan sektor ekonomi yang menjadi asas kesejahteraan.
Oleh itu, katanya cadangan debat Ketua Pembangkang dengan Perdana Menteri dialu-alukan.
Menurut beliau rakyat tidak mempunyai saluran selain kepimpinan tertinggi membentangkan hujah seraya membuka laluan untuk mengetahui perkembangan yang mampu dilakukan oleh pemimpin kerajaan termasuk pembangkang.
“Masyarakat memang mahukan melihat satu perdebatan ilmiah, intelektual yang mengatasi kepentingan sentimen politik yang sentiasa terjadi seharian. Masyarakat ingin tahu apakah nasib mereka di masa depan yang dibawa oleh negara ini.
“Dan tidak ada orang yang layak bercakap kecuali pemimpin-pemimpin politik sebab mereka yang pasti akan menguruskan kehidupan masyarakat pada masa hadapan sebab mereka pembuat dasar dan polisi,” kata beliau.
Tambah Abu Hassan lagi, perbahasan sihat seumpama ini harus dikembangkan dalam konteks negara demokrasi bagi menghulurkan maklumat terus kepada masyarakat.
Justeru tambah beliau, perdebatan mencari percaturan dan strategi mengembangkan kesejahteraan rakyat akan wujud menerusi kematangan politik yang telah wujud di negara ini.
“Kita mendoakan dan rakyat berharap agar perdebatan itu berlaku secara intelektual, akademik, bersungguh-sungguh dan tidak hanya digerakkan melalui sentimen dan kepercayaan politik,” ujar beliau lagi.
Dalam pada itu, Abu Hassan menyifatkan tekanan ekonomi yang dilalui negara menerusi krisis kenaikan harga barang dan petrol seolah-olah tidak diuruskan dengan baik justeru usaha memulihkan situasi merupakan penyelesaian yang sedang dicari pemimpin.

No comments
Post a Comment