Kerajaan Selangor berhak saman balas Syabas

SHAH ALAM 13 Jan – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan Selangor berhak untuk menyaman balas syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sekiranya tidak melaksanakan tanggungjawab.

“Kalau Syabas mahu saman kita (kerajaan Selangor), kita ada juga hak untuk menyaman balas Syabas. Setakat ini, perkara terbaik yang dapat dilaksanakan adalah menstrukturkan semula air di mana kita telah buat.

“Sementara kita sedang usahakan ini kalau Syabas mahu saman kami, itu hak Syabas dan kita juga akan lakukan perkara yang sama sekiranya kita berasa Syabas tidak melaksanakan peranan mereka,” jelas Khalid kepada media selepas mesyuarat Exco Selangor semalam.

“Tapi apapun, kita mesti pastikan industri air distrukturkan sebagaimana diharapkan,” tambah beliau lagi.

Syabas menyaman kerajaan Selangor sebanyak RM471.6 juta kerana tidak membenarkan kenaikan tarif air menerusi perjanjian konsesi bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2009.

No comments

Powered by Blogger.