Adun sambut gembira peruntukan RM1 juta kerajaan negeri
SHAH ALAM 13 Jan – Peruntukan RM 1 juta bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Adun) disambut baik sebagai berita gembira oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat (Pakatan) yang dihubungi TVSelangor.
Adun Taman Medan, Haniza Talha berkata, dengan adanya peruntukan RM1 juta ini, beliau yakin pembangunan infrastruktur di kawasannya dapat ditingkatkan untuk keselesaan rakyat.
Dua tahun katanya, beliau selaku Adun berusaha keras membantu menyelesaikan masalah rakyat di kawasannya dan peruntukan RM1 juta ini adalah berita gembira kepada beliau dan penduduk di kawasan Dun Taman Medan untuk melipatgandakan usaha pembangunan.
“RM1 juta untuk setiap Dun itu saya nampak boleh membantu. Satunya dari sudut mempercepatkan proses baik pulih atau apa-apa juga perkara yang boleh dibuat di bawah seliaan pejabat Adun,” kata Haniza yang juga Timbalan Speaker Selangor hari ini.
Menurut Haniza, selain peruntukan itu nanti dapat digunakan untuk menaik taraf jalan, jambatan dan perparitan, ia juga akan digunakan bagi tujuan menjaga kebersihan di kawasannya.
“Saya nampak dari sudut mengubah cara mereka berfikir. Sekarang kita berikan mereka persekitaran yang lebih selesa dan selepas ini kita juga akan bekerja ke arah membentuk pemikiran yang betul. Minda yang lebih positif, minda yang lebih terbuka terhadap pembangunan khususnya di bandar-bandar,” tambah Haniza lagi.
Sementara itu, menurut Adun Sekinchan, Ng Suee Lim pula, peruntukan RM1 juta ini bakal menyelesaikan banyak masalah di kawasannya.
Menurutnya, Sekinchan yang berada di kawasan luar bandar selalu berhadapan dengan masalah jalan berlubang, kini akan dapat diatasi dengan adanya peruntukan tersebut.
“Dengan adanya peruntukan ini masalah-masalah jambatan di kampung, jalan-jalan yang berlopak yang menghubungkan kawasan kampung akan dapat diatasi dalam masa yang terdekat,” katanya yang turut mengakui peruntukan RM1 juta itu tidak mencukupi, namun untuk permulaan, ia satu perkembangan yang baik.
Suee Lim menambah, beliau juga punya pendirian yang sama dengan Khalid dalam hal pembahagian peruntukan terhadap pembangkang di Selangor.
Ujarnya, tindakan kerajaan negeri Selangor itu setelah mengambil iktibar dari tindakan kerajaan Pusat sendiri.
“Memandangkan ahli-ahli parlimen kita tidak diberikan layanan yang setimpal dan adil oleh kerajaan Barisan Nasional, di mana mereka dinafikan peruntukan yang nilainya lebih RM1 juta setahun, mereka tidak dapat menikmati kemudahan ini. Maka dengan itu, saya bersetuju dengan kenyataan Tan Sri Khalid, dan kita ikut juga langkah kerajaan Persekutuan,” kata Suee Lim.
Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan setiap ADUN Pakatan Rakyat di DUN Selangor akan menerima peruntukan berjumlah RM1 juta bagi menampung perbelanjaan membaikpulih keperluan asas di setiap kawasan.
Difahamkan peruntukan tersebut akan diagihkan dalam tempoh tiga bulan ini.

No comments
Post a Comment