Speaker Selangor umum kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong

Oleh Shannon Teoh


SHAH ALAM, 19 Jan — Kerusi Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang kini kosong selepas wakil rakyatnya Badrul Hisham Abdullah tidak hadir sidang selama enam bulan, kata Speaker Datuk Teng Chang Khim hari ini.

Teng berkata Badrul Hisham yang keluar PKR Oktober 2009 sebelum menyertai Umno tidak hadir sidang Dewan Undangan Negeri sejak 15 Julai lalu dan oleh itu, ia dianggap kosong berkuat kuasa 16 Januari.

Artikel 69 Perlembagaan Negeri memperuntukkan bahawa seorang wakil rakyat yang tidak hadir selama enam bulan mesti mengosongkan kerusinya.

Bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya akan menentukan sama ada kerusi itu kosong dan perlu diadakan pilihan raya kecil.

No comments

Powered by Blogger.