SPR dakwa belum terima surat rasmi Speaker Selangor
LABIS, 21 Jan - Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan masih belum menerima surat rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Datuk Teng Chang Kim berhubung kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelabuhan Klang, Rabu lalu.
“YB Teng belum hubungi saya dan kita tidak dapat respon daripada Speaker Selangor,” kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Azri Yusof pada sidang media tadi.
Rabu lalu, Speaker Selangor, Teng Chang Kim mengumumkan kekosongan kerusi Dun Pelabuhan Klang yang disandang bekas ahli Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN), Badrul Hisham Abdullah kerana gagal menghadiri sidang dewan dalam tempoh enam bulan sehingga Januari 2011.
Namun Badrul mempertikaikan keputusan tersebut selain menuduh kerajaan Selangor tidak berlaku adil.
Dalam pada itu, ditanya mengenai kerusi Dun Merlimau yang kosong setelah kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan semalam akibat serangan jantung, Azri berkata, SPR akan berbincang dalam masa terdekat selain menunggu surat daripada kerajaan Melaka.
“Tidak perlu terburu-buru. Saya akan adakan mesyuarat dalam masa 10 hari ini kalau dapat surat dari Melaka. Kita beri penghormatan kepada keluarga beliau,” ujarnya.
Sementara itu, Azri berkata, tarikh mengundi Dun Tenang yang ditetapkan pada 30 Januari nanti memberi kelebihan kepada pengundi Cina di sini.
Tambahnya, pengundi Cina dapat menyambung cuti sehingga sambutan Tahun Baru Cina.
“Ini adalah kelebihan kepada pengundi Cina sebab cuti 3 dan 4 Februari, jadi boleh ambil cuti terus. Saya yakin ini yang terbaik,” katanya.
Beliau menambah, pengundi Cina yang bekerja di Singapura harus meminta kebenaran daripada majikan untuk pulang mengundi.

No comments
Post a Comment