Tanah milik TNB jadi tapak pelupusan sampah
Oleh NAEEM RAFFI
SUBANG JAYA, 13 Jan – Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menjalankan siasatan terhadap aduan penduduk berhubung tapak rintis Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Taman Puchong Permai Fasa 2 yang dijadikan tapak pelupusan sampah haram.
Yang Di-pertua MPSJ, Datuk Adnan Md Ikshan berkata, lawatan tapak telah dijalankan pada 6 Januari lalu dan terbukti tapak tersebut telah disalah guna oleh sebuah syarikat dengan menjalankan aktiviti penambak tanpa mendapat kelulusan MPSJ.
Pada sidang media di Laman Kenanga Aras 1, Ibu Pejabat MPSJ semalam, beliau berkata, sehubungan itu pihak MPSJ mengeluarkan surat peringatan kepada Syarikat Jiwa Maju Resaurces dengan mengarahkan agar kerja-kerja pembersihan dilaksanakan dengan segera.
“Sekarang ini mereka telahpun membersihkannya dan pihak kami telah pun melawat tapak tersebut, kita juga minta mereka buat aku janji, kita masih beri peluang, sekiranya mereka gagal bersihkan tempat tersebut ataupun gagal pastikan tempat itu sentiasa bersih, kita boleh rampas balik tanah itu,” katanya.
Terdahulu menyaksikan penduduk Taman Puchong Permai Fasa 2 kecewa apabila tanah lapang yang sebelum ini dimaklumkan oleh pihak MPSJ hanya boleh digunakan sebagai parkir, bertukar menjadi tempat pembuangan sisa binaan haram sehingga menjejaskan keadaan alam sekitar di situ.
Menurut Adnan, pihaknya difahamkan oleh syarikat tersebut bahawa kerja-kerja pembuangan sampah tersebut dilakukan oleh pihak lain.
Bagaimanapun, Adnan menjelaskan sebagai pemaju, bukan sahaja mereka perlu memastikan kawasan tanah dalam keadaan bersih malah bertangungjawab ke atas tanah tersebut.
“Nasihat kami kepada setiap pemilik tanah supaya menjaga tanah masing-masing, sebab itu bila berlaku seperti ini kami tidak pergi ketempat lain, kami akan pergi kepada empunya tanah tersebut,” jelasnya.
Sehubungan itu, pihak MPSJ juga mengeluarkan Notis Tawaran Kompoun atau NTK kepada pemandu lori atas kesalahan membuang sampah sisa binaan di tempat yang tidak dibenarkan oleh pihak MPSJ.
“Kompoun maksimum ialah RM25,000 tetapi pihak kami beri pengurangan sedikit. Walaubagaimanapun, lawatan semula ke tapak pada 11 Januari lalu mendapati lokasi tersebut telah mula dilakukan kerja-kerja pembersihan,” katanya.

No comments
Post a Comment