Tiada Unsur Khianat Ke Atas Pelatih - JLKN
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Tidak terdapat unsur-unsur khianat sama ada oleh pelatih ataupun jurulatih berhubung dakwaan seorang peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Basant Singh bahawa sebahagian rambutnya telah digunting ketika dia tidur Ahad lepas.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kecil berkata perkara itu dirumuskan hasil siasatan lembaga siasatan dalaman yang ditubuhkan JLKN ke atas 16 orang saksi di Kem Latihan Seri Impian, Sungai Bakap, Pulau Pinang tempat Basant menjalani latihan.
"Lembaga siasatan itu yang diketuai Pengarah Operasi JLKN, Kol Sanusi Hashim, Pengarah Zon B, Kdr Wan Zarihan Wan Ismail (TLDM), dan Lt Thomas Anak Aungoom (TLDM) dari Kem PLKN Telok Rubiah telah memanggil 16 saksi terdiri daripada pelatih, jurulatih, staf dan komandan kem tersebut untuk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.
Beliau berkata berdasarkan siasatan ke atas saksi dan bukti-bukti yang diperolehi, lembaga siasatan merumuskan tidak terdapat unsur khianat seperti yang didakwa Balsant, 18.
Abdul Hadi berkata hasil laporan itu telah dibentangkan dalam mesyuarat pascakabinet Kementerian Pertahanan yang dipengerusikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi petang tadi.
Berikutan itu katanya, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Daerah Bandar Baru, Kedah dan berharap tidak ada lagi pihak cuba membuat spekulasi berhubung kes tersebut.
Semalam, Balsant yang tinggal di Jalan Gurdwara, Ipoh mendakwa sebahagian rambutnya digunting tanpa disedarinya pada Ahad lepas ketika dia dan 10 pelatih lain sedang tidur di kem tersebut.
Dia yang menyimpan rambut sepanjang satu meter sejak lahir mendakwa rambutnya digunting sepanjang 60 sentimeter.

No comments
Post a Comment