[Ulasan ] PRK Tenang - Najib mulakan kempen dengan isu peribadi
DiTenang sudah bermula kepen pilihanraya kecil dan BN akan mengumumkan nama calunnya hari ini. PAS telah pun mengumumkan calunnya dua hari yang lepas. Peperangan mulut telah bermula diantara BN dengan PR dan suhu politik semakin panas. Itu belum lagi diadakan penamaan calun.
Semalam Najib telah menyelar Anwar kerana ketua pembangkang itu terus meminta diadakan debat terbuka diantara beliau dengan Najib. Najib tidak berapa berani untuk mengupas dalam khalayak ramai tentang kebaikan pelan transformasinya yang berharga RM51 billion yang terlalu tinggi berbanding dengan pelan alternatif dari PR. Najib cuba mengelak dengan menggertak Anwar akan menelanjangkan semua hal Anwar jika Anwar terus berdegil untuk tidak berdebat dengannya.
Yang Anwar minta ialah untuk berdebat tentang ekonomi tetapi Najib pula memilih untuk mengentam Anwar dengan isu peribadi dan terang-terang mahu menelanjangkan hal peribadi Anwar. Najib berkata beliau tahu segala-galanya hal peribadi Anwar.
Disinilah apa yang saya selalu katakana yang politik negara kita sedang dipimpin oleh pemimpin yang keanak-anakan. Tak berani nak menjawab digertaknya pula Anwar dengan isu peribadi. Apa yang ingin diketahui oleh rakyat ialah bagaimana BN terpaksa berbelanja sebanyak RM51 billion dan PR akan berbelanja hanya RM19.2 billion sahaja. Perdebatan itu bukan hendak mendebatkan isu peribadi.
Sikap Najib itu melambangkan ‘childishness’ beliau sebagai pemimpin yang kekurangan ‘magnanimity’ dan itu sangat membahaya bagi politik tanah air. Saya bukan mempertahankan Anwar kerana saya tidak pernah menyokongnya. Dalam isu ini saya sokong sesiapa yang sanggup memaparkan perancangan masing-masing didalam isu pelan pembangunan yang dicadangkan oleh kedua-dua belah pihak.
Dalam tulisan saya beberapa hari yang lalu saya juga ingin tahu bagaimana Najib boleh menunjukkan bukti berbelanja 19 billion ringgit boleh mebangkrapkan negara sedangkan membelanjakan 51 billion ringgit itu akan memajukan negara. Tentu Najib ada alasannya. Alasan itulah yang orang ramai nak tahu.
Sebagai orang yang tidak pandai macam saya, saya hendak juga tahu dari Najib yang sangat pandai itu. Najib bersekolah diNottingham sedangkan saya bersekolah disekolah atap sahaja. Sebagai pemimpin adalah tanggungjawab beliau untuk menunjukkan kepada orang-orang seperti saya apa yang saya tidak tahu. Malahan ada pantun yang terkenal yang diketahui oleh semua orang:
Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Kalau Anwar boleh membangkrapkan negara semasa debat itulah Najib boleh memberitahu Anwar dan semua yang hadzir nanti dimana salahnya pelan PR itu dan tunjukkan bagaimana hendak mengadakan pelan yang lebih baik dari apa yang diunjurkan oleh PR itu.
Jika diadakan debat itu ditenang akan lebih baik lagi kerana dalam pilihanraya Tenang nanti ramai rakyat dari seluruh negara akan hadzir dan jika Najib benar-benar pada pihak yang lebih pandai tentang pelan itu, disitulah Najib boleh mendapat mata yang banyak didalam pilihanraya umum nanti.
Sekarang dua tanah rancangan Felda sedang menjadi tumpuan kedua-dua belah pihak. Ada hampir 4000 pengundi disana yang sedang menjadi rebutan oleh pihak-pihak yang akan bertanding itu. Orang Cina mewakili 39 peratus dari jumlah keseluruhan pengundi-pengundi dikawasan DUN ini.
BN mungkin boleh menang lagi tetapi saya menjangka ‘majority’nya akan menurun dan itu sudah cukup untuk membayangkan betapa merbahayanya kedudukkan BN pada pilihanraya umum nanti. Tetapi tidak juga perkara yang mustahil jika PAS memenangi kerusi itu dengan ‘majority’ yang tipis.
Saya tidak pandai untuk menelah apa keputusan yang sebenarnya didalam pilihanraya kecil ini, tetapi cukup setakat mengatakan yang BN terpaksa bekerja keras untuk mempertahankan kerusi yang sangat penting bagi kita ini.
Tetapi eloklah kita elakkan dari menggunakan isu peribadi dalam kita mempertahankan kerusi ini dari diserang PAS. Jangan buat macam Najib yang menggertak untuk menelanjangkan Anwar semalam. Itu cara yang tidak baik. Tumpukan kepada isu-isu dasar sahajalah.
Jangan membidas saya dengan mengatakan yang pembangkang yang memulakan isu peribadi ini. Kalau kita tuduh yang pembangkang memulakannya, dan kita ikut pula cara itu maka kita adalah dalam proses untuk menjadi pembangkang pula.
Sebagai parti yang memerintah kita terpaksa tunjukkan kematangan dan ‘magnanimity’ kita. DAN yang penting sekali cuba sedaya upaya untuk meyakinkan pengundi yang BN dan pemimpin-pemimpinnya tidak pernah menerima rasuah. Barulah kita dihormati…bukan gitu?
http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/01/prk-tenang-najib-mulakan-kempen-dengan.html

No comments
Post a Comment