Wisma Putra pantau pendedahan WikiLeaks
KOTA KINABALU 11 Jan. – Kerajaan memantau secara dekat setiap dakwaan yang dibuat oleh WikiLeaks berhubung 'keburukan' negara ini bagi mengelakkan persepsi negatif itu terus berakar dan berlegar-legar di kalangan negara lain.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, pemantauan itu amat perlu dilakukan bagi mengelak berlaku kejutan sekali gus mengeruhkan hubungan dua hala antara negara ini dengan negara lain.
Menurut beliau, pemantauan itu bermaksud apabila berurusan dengan negara luar atau semasa melawat negara mereka, pihaknya akan membuat persediaan mencukupi bagi menjawab segala tohmahan yang dilemparkan oleh Wikileaks itu.
"Kita tidak boleh mengambil pendekatan bahawa pendedahan itu (WikiLeaks) bersifat peribadi atau rahsia tetapi sebaliknya perlu menjelaskan mengenai perkara sebenar. Ini amat penting kerana jika tidak berbuat demikian, maka selama-lamanya mereka akan menganggap kita bersalah," katanya.

No comments
Post a Comment