Apabila Lim Lebih Baik, Maka Koh Menyalak

Koh dakwa portfolio bukan Islam Pulau Pinang motifkan publisiti


KUALA LUMPUR, 20 Feb — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata pewujudan portfolio baru oleh kerajaan DAP Pulau Pinang bagi menguruskan hal ehwal agama bukan Islam, hanya untuk mencari publisiti.

Koh, Presiden Gerakan dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang berkata ketika beliau memimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu “kita sebenarnya telah mengendalikan isu-isu bukan Muslim tanpa mewujudkan porfolio berkenaan.

“Beliau (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng) sebenarnya membuat ini sebagai mencari publisiti,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti Gerakan di sini hari ini.

Beliau berkata malah ketika beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, kerajaan negeri berjaya menangani isu-isu berkaitan agama bukan Islam dan “sering menghubungi dan membantu badan-badan agama lain dalam apa sahaja bantuan yang mereka perlukan.”

“Bukan kita kata tidak perlu, cuma dia nak buat publisiti dan apa yang saya hendak katakan tanpa portfolio pun kami telah berjaya menjalankan tugas tersebut,” katanya mengulas penubuhan portfolio khas bagi menguruskan hal ehwal bukan Islam yang membabitkan agama Buddha, Taoisme, Kristian, Sikh dan Hindu oleh Lim pada Rabu lepas.

Koh berkata, walaupun pewujudan portfolio itu terletak di bawah budi bicara kerajaan Pulau Pinang, penubuhannya masih dilihat sebagai sekadar mencari publisiti kerana ia adalah dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, kecuali Lim gagal menanganinya.

“Apabila kita menjalankan tugas (mengenai hal ehwal agama) di bawah tugasan sebagai seorang Ketua Menteri atau Perdana Menteri atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, adakah kita masih perlu membuat publisiti seumpama ini,” katanya. — Bernama

1 comment

cicit ngah layor said...

Kalau berjayer menangani semuer isu semaser jadi KM dulu,tak ler kalah diBatu Kawan.Buat malu jer...KM tewas PRU.Itu sejarah tu!!

Powered by Blogger.