Apabila SPR tidak telus, rakyat pilih jalan raya – Anwar
KERDAU: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan amaran kepada Datuk Seri Najib Razak supaya mengadakan pilihan raya secara telus dan adil jika tidak mahu rakyat memilih jalan raya.
“Jika pemerintah terus memanipulasikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan melakukan penipuan, Pakatan Rakyat tidak teragak-agak menggerakkan jentera rakyat secara besar-besaran,” katanya.
Ucapan itu disambut laungan takbir dan tepukan gemuruh lebih 15,000 hadir program ceramah perdana anjuran Pakatan Rakyat Kuala Krau di Markas Pas Kerdau, malam tadi.
Turut hadir ialah Naib Presiden, Tian Chua; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta pimpinan Pakatan Rakyat.
Ketua Umum KEADILAN itu turut mengulangi ingatan kepada Najib supaya mengambil iktibar dari peristiwa yang berlaku di negara Arab melalui kejatuhan kerajaan di Mesir dan Tunisia.
“Bermula dengan pemecatan menteri, pelantikan Naib Presiden dilakukan rejim Mubarak untuk mengekal kuasa dan merompak harta kekayaan negara. Namun, rakyat sedar, maka tercetusnya penentangan di jalan raya,” katanya.
Ketua Pembangkang itu mengingatkan pimpinan Umno, rakyat kini celik dengan isu yang berlaku di negara ini.
“Sistem kehakiman semakin teruk, harga barangan semakin meningkat dan tiada peningkatan gaji, sedangkan pemimpin Umno diberi kontrak berbillion ringgit.
“Baik isu komisyen kapal selam sehinggalah kematian model Mongolia, namun tidak ada pun tindakan diambil,” katanya.

No comments
Post a Comment