Turun tol NPE untuk kenakan 6 tol baru
KUALA LUMPUR: Kesanggupan menurunkan kadar tol Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), baru-baru ini lantaran kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) mungkin mengenakan tol baru di enam lebuh raya baru sekitar Lembah Klang.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua percaya penurunan mahupun pembekuan kadar tol di mana-mana lebuh raya di negara ini, tidak signifikan kerana beban itu akan dikenakan semula kepada rakyat.
Bercakap kepada KeadilanDaily.com, beliau berkata, ia besar kemungkinan berlaku kerana kerajaan sehingga kini, tidak mengumumkan kadar tol di enam rangkaian lebuh raya yang dinyatakan dalam bajet 2011.
“Dalam masa sama, kerajaan tidak pula mengumumkan kadar tol enam lagi rangkaian lebuh raya yang akan dibina di sekitar Lembah Klang,” katanya.
Beliau juga mempersoal sama ada kerajaan memberi pampasan kepada syarikat konsesi pengendali NPE berikutan pengumuman kerajaan menurunkan kadar tol NPE dari RM1.60 kepada RM1.00.
“Jika pampasan diberi kepada syarikat terbabit, berapakah jumlahnya? Ini kerana, sejak dari awal perjanjian konsesi lagi, tindakan itu menunjukkan kepincangan,” katanya.
Beliau mengingatkan semua pihak, kerajaan Umno BN akan terus mengenakan tol tetapi diselindungi dengan melakukannya secara berperingkat-peringkat, malah percaya idea menurunkan kadar tol, ditiru dari Buku Jingga.
“Kita memang sejak awal., konsisten mahu menurunkan kadar tol dan memansuhkannya terus. Cadangan ini ada dalam Buku Jingga yang dihujahkan Pakatan Rakyat,” katanya.
Beliau percaya penurunan tol NPE dibuat lantaran kebimbangan Umno BN kehilangan kuasa memerintah dan menggunakan gila-gila politik bagi melembutkan hati rakyat.
“Mereka tuduh idea Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga akan memufliskan negara. Tetapi nampaknya, BN meniru apa yang kita cadangkan,” katanya.

No comments
Post a Comment