Bekerjasama seperti satu keluarga – MB
KAJANG, 13 Feb - Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (Pakatan) mengamalkan dasar keterbukaan dan kebertanggungjawaban serta bekerjasama sebagai satu keluarga bagi memajukan negeri Selangor tanpa ada rasa perbezaan kaum dan agama.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam ucapan sambutan Tahun Baru Cina di sini semalam menjelaskan, semua bangsa harus berganding bahu bersama bagi kemajuan dan kejayaan negeri Selangor kerana melalui cara ini kita akan berasa selesa dan bangga berada di negeri imi.
“Pada perayaan ini saya mengingatkan masyarakat Tionghua dan masyarkaat Selangor supaya memggunakan kesempatan iniuntuk sama-sama membangunkan keluarga kita dan bekerja sebagai satu keluarga untuk menjayakan negeri Selangor,” katanya.
Katanya, dengan kaedah itu Pakatan dapat membuat perubahan minda terhadap rakyat Selangor tanpa membeza-bezakan mana-mana kaum dan agama.
“Kerajaan Pakatan telah memberi sumbangan sejumlah enam belas juta setiap tahun kepada Sekolah Agama Rakyat (SRA), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Menengah Cina swasta di seluruh negeri Selangor,” katanya.
Sebagai Menteri Besar jelasnya, beliau dan kepimpinan negeri sentiasa berusaha untuk memastikan harta dan kekayaan negeri Selangor diurus dengan cekap dan bertanggungjawab.
Tambahnya, kerajaan negeri telah meluluskan permohonan pelupusan secara pemilikan tanah kerajaan di bawah seksyen 76 untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Counghnout bagi kegunaan masyarakat di situ.
Pada tahun ini juga ujarnya, kerajaan negeri telah memperuntukkan satu juta ringgit bagi setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk membaikkan jalan raya dan parit-parit dan diharapkan semua Adun dapat menggunakan peluang itu untuk memberikan keutamaan kepada tempat-tempat yang harus diperbaiki supaya menjadi memberikan keselesaan kepada masyarakat.
Walau bagaimanapun pihaknya mengingatkan semua rakyat berjimat cermat menggunakan wang ringgit dengan cara yang terbaik kerana harga barangan mula naik dan simpanan wang mungkin terjejas.
Sehubungan itu, jelasnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan akan mengadakan pertemuan pada Februari ini bagi membincangkan serta mencadangkan bagaimana boleh membantu meringankan bebanan harga barangan melalui cara yang dipanggil “market intervention”.
Majlis keraian Tahun Baru Cina yang dihadiri lebih dua ribu orang itu turut menyaksikan kehadiran tuan Speaker negeri, Datuk Teng Chang Kim, Adun Kajang, Lee Kim Sin dan barisan Exco Selangor.
Kemeriahan majlis diserikan dengan persembahan pertunjukan kebudayaan dan tarian masyarakat Cina.

No comments
Post a Comment