Islam benarkan rasuah, Johari kecam kenyataan Isa

Norutul Ilham

KUALA LUMPUR: Hanya pemimpin yang cetek pengetahuan agama sahaja tergamak membuat kenyataan, kononnya rasuah bukan kesalahan di sisi agama, sedangkan Islam jelas memaktubkan amalan itu sebagai haram dan pemberi serta penerima akan masuk neraka, kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Beliau yang mempersoal tindakan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad mengatakan rasuah bukan masalah besar di Malaysia kerana turut berlaku di mana-mana negara di dunia ketika berucap dalam forum di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Dalam ucapannya, Isa dilapor berkata, rasuah berlaku di Malaysia tidak teruk kerana Malaysia belum mengalami kehancuran akibat gejala terkutuk itu.

Mengulas lanjut, Johari berkata kenyataan Isa yang pernah dikenakan hukuman kerana mengamal politik wang dalam Umno pada 2004, sebagai pemimpin Islam yang cetek pengetahuan agama.

“Isa tidak sedar yang beliau kini memimpin kepada Felda yang 90 peratusnya Melayu beragama Islam. Beliau sebelum ini pernah terbabit dengan rasuah, mungkin sebab itu tergamak mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

“Kerana rasuah, Melayu tidak maju dan kenyataan itu seolah-olah membenarkan amalan rasuah berleluasa. Pada 2010, Menteri Kewangan Kedua mengeluarkan kenyataan berhubung ketirisan hampir RM26 bilion yang dialami negara akibat rasuah,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.