MB akan bertemu keluarga dan pelajar Mesir
SHAH ALAM, 13 Feb – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan bertemu dengan keluarga dan pelajar Selangor yang menuntut di Mesir Selasa depan bagi membincangkan mengenai masa depan mereka.
Khalid berkata, pertemuan ini penting bagi memastikan mereka tidak ketinggalan selain membolehkan mereka mendengar sendiri cadangan kerajaan negeri Selangor dalam hal ini berikutan keadaan yang masih tidak jelas di negara Arab Afrika Utara itu.
“Pada 15 haribulan ini saya akan jumpa dengan keluarga pelajar Selangor yang kembali ke tanah air untuk selesaikan masalah mereka, terutama bagi memastikan mereka sentiasa bersedia dengan pelajaran dan kerjaya mereka,” katanya pada majlis Seminar Pembangunan Semula Pemikiran Islam Melayu di sini, semalam.
Dianggarkan seramai 1,200 pelajar dari Selangor yang sedang belajar di beberapa universiti dan IPT di Mesir dan 600 daripadanya merupakan tajaan Lembaga Zakat Selangor (LZS)
Sebelum ini kerajaan negeri telah menawarkan kursus seperti bahasa Arab, bahasa Inggeris, komputer dan kewangan yang memakan masa selama enam bulan hingga setahun di Universiti Industri Selangor (Unisel), yang diberikan secara percuma, selain yuran daftar kepada pelajar yang tergendala pelajarannya akibat konflik ini.
Kelmarin, Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman mengumumkan bahawa Hosni Mubarak telah melepaskan jawatannya sebagai presiden negara itu dan menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada pihak tentera.
Dua hari lalu, Hosni Mubarak masih ingin bertahan di kerusi presiden walaupun dia membuat pengumuman bahawa kuasa mentadbir telah diturunkan kepada naibnya. Namun begitu pengumuman tersebut masih tidak meredakan rakyat Mesir yang terus menerus mengadakan demonstrasi menuntut perletakkan jawatannya dengan segera.
Khalid berharap rakyat Mesir dapat mengecapi demokrasi dan keadaan aman akan tiba secepat mungkin.
“Berhentinya Mubarak dari jadi Presiden Mesir merupakan langkah terbaik, tapi risiko masa depan Mesir masir kurang jelas, saya harap rakyat Mesir dapat menikmati demokrasi dalam masa terdekat,” katanya.

1 comment
SAYA MEMANG TELAH JANGKA PAKATAN AKAN MENGAMBIL PELUANG DARI KEPULANGAN ANAK ANAK KITA DI MESIR.
PAKATAN AKAN KATAKAN BAHAWA KERAJAAN MEMBAWA MEREKA PULANG KERANA TEKANAN PAKATAN.
PAKATAN AKAN MENGATAKAN BAHAWA KERANA MEREKALAH, ANAK ANAK INI DISELAMATKAN.
KERANA PENIPUAN DAN MANIPULASI INILAH MEREKA AKHIRNYA AKAN TERHUKUM, BERKUBUR DAN MENJADI SEJARAH.
Post a Comment