Biadap Betul Cina DAP Ini?

Maulidur Rasul: P.Pinang peruntuk RM150,000 elaun guru KAFA

Norutul Ilham


PULAU PINANG: Kerajaan Pulau Pinang akan memperuntukkan RM150,000 kepada 1500 guru Kelas Al Quran dan Fardu Ain (KAFA) sempena majlis sambutan Maulidur Rasul Pulau Pinang bertemakan “Wasatiyyah” (kesederhanaan) Tonggak Kecemerlangan Ummah.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, cadangan untuk memperuntukkan sebanyak RM 100 kepada guru-guru berkenaan merupakan cadangannya sendiri dan bakal dibawa pada mesyuarat Exco Khamis ini.

“Pada tahun lepas, kerajaan negeri memberikan RM100 one-off kepada guru-guru Kafa sempena perayaan Awal Muharaam. Buat kali pertama juga tahun 2010, semua guru Kafa telah diberikan RM250 duit raya menyambut Hari Raya Puasa tahun lepas,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Guan Eng menegaskan bahawa bayaran yang akan dibuat oleh kerajaan negeri itu kerana mengamalkan perbelanjaan berhemah, urus tadbir cekap dan bertanggungjawab, serta kempimpinan berintegriti dan bersih daripada rasuah.

“Kejayaan ini diakui bukan sahaja oleh Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan 2009 yang memuji lebihan bajet paling besar sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009 tetapi juga oleh badan Anti Rasuah Kesederhanaan dan antarabangsa terunggul, Transparency International,” katanya.

Beliau juga percaya amalan kesederhanaan dalam kehidupan rakyat tanpa mengira agama dan kaum akan dapat menyatupadukan rakyat untuk menikmati bersama kemakmuran, keamanan dan harmoni serta kamajuan membina modal insan.

Langkah terbaru kerajaan Pulau Pinang itu menunjukkan keprihatinan kerajaan Pakatan Rakyat dalam menjaga kebajikan guru-guru khususnya dalam bidang pendidikan agama Islam.

Baru-baru, Kerajaan Selangor turut memperuntukkan RM14 juta setahun untuk memberikan elaun tambahan sebanyak RM300 sebulan kepada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) yang bertugas di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di seluruh negeri bermula awal tahun ini.

UMNO Mampus Modal! PAS Gadai Islam kata Senakor Katak Ezam

No comments

Powered by Blogger.