SYABAS Cuba Kaburkan Mata Rakyat Melalui Saman

KENYATAAN AKHBAR

15 FEBRUARI 2011

SYABAS CUBA KABURKAN MATA RAKYAT MELALUI SAMAN

Kami telah menerima dokumen saman dari Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) berkenaan kenyataan yang dibuat mengenai Tabung Budi serta kenyataan yang meminta SYABAS memulangkan hak pembekalan air kepada kerajaan negeri menerusi kempen "Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat".

Peguam-peguam kami telah diberi arahan untuk menyediakan pembelaan. Saya akan diwakili oleh Edmund Bon manakala YB Tony Pua telah melantik peguam Gobind Singh Deo dalam kes ini.

Namun, saman ini tidak mengubah pendirian kami terhadap isu Tabung Budi. SYABAS tidak mempunyai hak untuk meminta penguna-penguna menyerah dana kepada SYABAS kerana dana tersebut diberi oleh kerajaan negeri melalui program pemberian 20 meter padu air percuma.

Kerajaan Negeri juga masih berpendapat penjanjian konsesi kepada empat syarikat konsesi termasuk SYABAS perlu ditamatkan agar industri air negeri boleh diambil alih kerajaan negeri bagi memastikan bekalan air yang lebih efektif dengan harga yang berpatutan .

Kerajaan negeri juga telah mengarahkan Pegawal Selia Air menulis surat kepada SYABAS untuk memastikan bahawa segala biayaan guaman dalam saman ini dibayar oleh pengarah-pengarah dan individu yang terlibat SYABAS sendiri dan bukan oleh syarikat SYABAS kerana syarikat tidak perlu dibelengu oleh bayaran guaman untuk kes yang jelas tidak ada kena mengena dengan fungsi SYABAS sebagai pembekal air bersih kepada rakyat Selangor.

Tindakan SYABAS menyaman ketika proses rundingan pengambilalihan syarikat konsesi-konsesi air yang belum selesai menimbulkan beberapa persoalan berkenaan niat SYABAS.

Semua wakil kerajaan Pakatan Rakyat Selangor siap sedia untuk terus berusaha untuk mengembalikan hak air kepada rakyat selaras dengan agenda "Merakyatkan Ekonomi Selangor".

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

No comments

Powered by Blogger.