Cabang Wangsa Maju terima 100 ahli baru
Fazallah Pit
KUALA LUMPUR: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail hari ini merasmikan Cabang Wangsa Maju dalam majlis sederhana tetapi meriah.
Walaupun cabang itu sebelum ini berdepan beberapa masalah dalaman tetapi beliau percaya kepimpinan baru diketuai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Datuk Dr Tan Kee Kwong mampu melonjakkan kewibawaan cabang itu.
Ia terbukti melalui penyertaan 100 ahli baru dan pelancaran Pusat Khidmat Masyarakat dan Briged Keselamatan cabang berkenaan yang dirasmikan beliau.
“Masalah yang dihadapi cabang ini pasti boleh dipulihkan asalkan semua ahli memiliki semangat kental untuk meneruskan perjuangan. Ia akan menjadi titik perubahan besar,” katanya pada sidang media di sini.
Hadir sama ialah Kee Kwong, pemangku ketua cabang, Mazlan Abdul Jalil dan lebih 100 penduduk setempat.
Terdahulu, kehadiran Dr Wan Azizah disambut dengan iringan paluan kompang, tabla dan Tarian Singa.

No comments
Post a Comment