Hanya Islam Yang Dapat Selesai Masalah Manusiap
Hukuman berat tak selesai masalah
KUALA LUMPUR: Langkah pencegahan lebih efektif, termasuk penekanan sistem pendidikan berteraskan nilai murni seharusnya diutamakan dalam usaha menangani gejala membuang bayi yang berleluasa.
Malah, langkah itu seharusnya diutamakan sebelum pelaksanaan hukuman berat ke atas pesalah itu sama ada dengan niat membunuh atau cubaan membunuh.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Tan Sri Lee Lam thye, berkata pandangan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan pakar yang bersetuju bahawa pendekatan hukuman berat bukan penamat masalah itu perlu diambil kira kerana kesalahan membuang bayi memerlukan penyelesaian mengikut peringkat tertentu.
Katanya, secara dasarnya, YPJM menyokong keputusan kerajaan untuk melaksanakan hukuman itu tetapi langkah pencegahan lebih efektif perlu diambil kira sebelum hukuman berat terbabit dilaksanakan ke atas pesalah.
“Sebagai contoh, hukuman berat kes pengedar dadah yang tidak menghalang kes sama berulang walaupun hukumannya adalah mandatori gantung sampai mati.
“Kita berpendapat enam langkah pencegahan perlu diambil kira iaitu sistem pendidikan yang beri penekanan nilai murni dan kesedaran terhadap pembentukan sifat dan sahsiah diri pada peringkat sekolah,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Langkah berikutnya, kata Lee, adalah kedua-dua ibu bapa perlu ada pendidikan atau pengetahuan mengenai masalah kerana sistem kekeluargaan adalah benteng awal pencegahan perbuatan itu.

No comments
Post a Comment