Happy Birthday Lim Kit Siang

Besok, 20hb Februari adalah hari jadi YB Lim Kit Siang (LKS), maka genaplah umur beliau 70 tahun. LKS merupakan seorang pemimpin politik veteran yang telah menempuh segala onak dan duri didalam mengharungi politik tanahair yang telah banyak memberikan sumbangan kepada perjalanan siasah negara sejak lebih dari 40 tahun dahulu.

Itulah hakikat pengalaman bagi seorang ahli politik yang memperjuangkan ketelusan dan keunggulan demokrasi dan dalam perjalanan itu LKS telah dan akan berhadapan dengan berbagai-bagai dugaan peribadi yang jarang-jarang dialami oleh pemimpin pembangkang dalam sejarah perjalanan demokrasi di negara ini.

LKS tetap mendapat sokongan yang besar dari rakyat negara kerana keberaniannya untuk memperjuangkan apa yang beliau anggap benar. Kalau dahulu LKS mendapat sokongan dari kaum Cina sahaja tetapi kini bellau telah benjaya mendapatkan sedikit sebanyak sokongan dari kaum lain termasuk dari kaum Melayu yang merasa kecewa dengan tahap rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku didalam negara ini.

Walaupun saya seorang ahli UMNO saya wajar mengakui yang LKS adalah pemimpin yang mempunyai ‘consequence’ yang besar dalam politik tanahair apatah lagi dalam keadaan dan situasi politik negara pada masa ini. Mungkin ramai akan mengkritik saya kerana memberikan pengiktirafan kepada LKS tetapi saya tidak boleh berbohong dengan menyangkal hakikat yang LKS adalah seorang pemimpin yang terkenal bukan sahaja di negara ini tetapi juga merintasi ‘geographical boundaries’ sehingga ke merata dunia ini.

Akhirnya saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ‘selamat hari jadi yang ke 70’ dan diharap sdr LKS akan terus berdaya untuk memberikan sumbangan untuk politik tanahair dan berusaha terus untuk memerangi rasuah yang besar yang sedang dihadapi oleh negara yang kita kasihi ini.

Walaupun saudara akan terus menghadapi dugaan besar dalam perjalanan politik saudara tetapi saya percaya saudara tidak akan mengalah dalam matlamat untuk mewujudkan demokrasi yang sebenarnya dan membersihkan negara dari penyakit merbahaya, iaitu rasuah yang keterlaluan sekarang ini.

Umur 70 tahun adalah umur yang masih muda bagi seorang pejuang yang terhindar dari melakukan kesalahan rasuah yang keterlaluan.

Akhirnya saya mengucapkan sekali lagi, ‘Selamat hari jadi kepada saudara Lim Kit Siang semoga saudara tidak berhenti dari menghidupkan politik negara kita yang kita kasihi ini.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/02/happy-birthday-lim-kit-siang.html

No comments

Powered by Blogger.